Wah wah… Dalam tak sedar, cerita Euro trip aku kini dah nak sampai ke Swiss. Pantas pulak jari yang menaip ni. Excited bangat nak share segala experience yang aku dilalui ketika di sana. So, dari Salzburg, aku terbangkan pulak korang ke negara palin mahal di dunia. Memang mahal tauuu. Bergetar dompet kecil kalau time nak keluar duit.
Ditambah pulak duit Swiss Franc (matawang di Swiss, dorang tak pakai Euro) naik mencanak ke boolan, memang agak terasa jugak lah. Apa-apa pun, meks nak habaq siket, even mahal melantun-lantun, wajar sekali dengan view yang korang akan dapat lihat. Lukisan terok! Okay-okay, aku tahu korang pun mesti tak sabar kan nak tahu lebih lanjut, apa kata kite sambung cerita jom. Let’s layanzzz!
Dari dalam hotel lagi, dah pikir ayat nak wayang sikit. Yelah, kalau diingatkan peristiwa cari nama sendiri kat meja reception tengah malam buta, dah macam perompak bagai, memang sedih hokey kehidupan. Nasiblah tak tido je kat sofa depan lobo. Ha yang tu lagi cedeh. Mesti tido pelok-pelok sebab sejuk. Belom lagi nganga sakan time tido, air liur sepai-sepai, adui, malu kat orang kampung.
Tapi, semangat melayu aku takkan luntur di situ, aku terus cakap kat die yang aku dah keluar balik dari hostel ni bila tahu yang takde key nama aku. Aku jalan jauh gile untuk confirmkan dengan orang and then aku ikut segala instruction yang die bagi untuk late check in. Die siap tanya lagi, did you tell us about the late check in? Uish haruslah ada. Sebagai bukti, aku pun tunjukkan email yang aku print siap dengan semua conversation lagi. Rupanya orang yang selama ni aku duk email ialah lady yang tengah settlekan masalah bilik kami semalam. Ahaaaaaa…. Sedang elok lah tu.
Die pulak ingat aku, so apa lagi, memang tak salah lagi lah. Die terus suruh aku tunggu sekejap untuk die check everything. Kawan kawan die pun tolong sekali. Then, aku pon sebuk sebuklah tanya, is everything okay? Die pun cam cakap, something wrong here. You actually entered a room slightly expensive from the one you booked. No ensuite bathroom and no view obviously. Terus aku cam..Oooooo..patutlah rasa seronok je tido sakan bilik tu, rupa-rupanya si Pung Tai ni masyuk sikitlah dari aku. Orang ada-ada ni. So, untuk harga bilik tu, die jelah mampu. Aku? Kasta rendah sikit dari Cik Pung Tai ni. Aiyoooo! Bistu?
Kami saling berpandangan. Die pon tak tahu nak cakap apa lagi, so die pun akui yang die salah. Lagipun, pagi tu, hari sangat cantik. Cerah dan terang benderang. Die siap cakap, i should let you guys go now as today is beautiful day. Dont think bout the room, you just pay what you should pay. And we were like? Syukur, ini rezeki kami. Memang tak sangka okay. Meriah betul tido bilik mahal camtu kan. Apa apa pon, terima kasih Cik Pung Tai. Kalau kau tetiba menjelma malam semalam, memang aku rasa kau terpaksa tido kat lobi disebabkan bilik kau dah diambil. Rasa bersalah jugaklah, tapi inilah kot hadiah pingat-pingat untuk pemenang lari bawak luggage. Ching!
Pheww! Settle masalah hostel, Kami pun berlalu terus ke station keretapi untuk beli swiss pass half fare. Okay nak sembang sikit pasal swiss card ni, untuk first timer cam aku, memang pusing jugaklah nak compare mana 1 pass yang sesuai untuk kami. Aku akan sharekan calculation yang aku buat untuk panduan korang. Apa apa pun, if korang plan nak ke Swiss, better plan itinerary and berapa banyak trmpat nak cover. From there, barulah korang boleh tahu swiss pass mana yang sesuai untuk korang beli. Boleh visit here untuk more info pasal Swiss Pass : http://www.swisstravelsystem.com/en/tickets/ticketfinder-en.html
As for us, after further calculation, memang swiss half fare je yang rasanya okay dan reasonable. Lagipun, kami hanya nak ke Jungfraujoch tu je. So di kaunter korang kene sediakan passport, duit untuk beli swiss half fare and sekali dengan Jungfrau nye tix. Aku sebenarnya plan nak ke Jungfrau keesokkan harinya, tapi receptionist tadi duk recommend suh pergi harini sebabnya first time dalam bulan ni hari tak ujan. Dah berhari-hari hujan, so this is the best day to enjoy Jungfrau. That’s why kiteorang pergi jugak Jungfrau. Rezeki Cik Poobritney.
Tips : Sila tengok forecast dulu before plan untuk ke Jungfraujoch. It totally depends on weather.
Bila pikir balik, Mungkin sunshine dari Malaysia datang menerangi Swiss gitchew. Ha jangan muntah pulak baca tu… Anyway, lepas dah beli pass berserta dengan tiket tu, kami terus keluar dari ticket office dan amik platform yang menuju ke Lauterbrunnen. Kalau nak citer pasal pekerja tiket dorang, memang kekwat gile tau. Nyampah jugak. Dah lah kecoh pastu bile salah eja nama aku, aku ni suh die tukar, terus aching-aching friendly. Ha takutlah tuu… Baru Pora Lambung gertak sikit, dah goyang. Eceh.. Tapi bila kite kat europe ni, kite akan jumpa macam-macam orang. Korang jangan sentap lah dengan cara dorang treat korang. If diorang kekwat, itulah good license for you to be kekwat too. Jangan nak rendah diri sangat hokey, kite pon ade hati dan perasaan. Apa ingat duit RM kite rendah, nilai diri kite di lantai? gile siap hasut orang hahahah!
Okay, nak citer pasal route ke Lauterbrunnen. Actually aku memang sengaja book tido kat Lauterbrunnen instead of Interlaken sebab nak enjoy ah-mazing view kat sana. Since tiket ke Jungfraujoch tu memang kene turun kat Lauterbrunnen so tak payahlah korang nak beli tiket asing-asing. Kat sini, tiada istilah mesin tiket yang korang kene validate everytime nak masuk or keluar. Dorang akan ade train attendant yang akan check tiket dalam train. So, macam kes kiteorang, untuk ke Jungfrau korang memang kene turun Lauterbrunnen pon. Inilah peluang kami untuk letak dulu bag kat hostel – Valley Hostel and terus ke Jungfrau pulak.
Lepas dah settle urusan letak bag, check in time pukul 3pm. Lambat lagi tau. So, berjalanlah kami semula ke station Lauterbrunnen untuk terus ke Jungfraujoch. Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam untuk ke atas. View memang cantik. Sejuk pun tak terkata jugak. Nasiblah kami memang dah prepare semua kelengkapan untuk naik ke atas tu. Kami ada jugak terserempak dengan beberapa orang Malaysia yang turut sama bertujuan untuk naik ke atas – Top of Europe katanya.
Bila dah sampai kat atas tu, memang rasa cam wow…. Tak sangka dah sampai di Jungfraujoch yang selama ini hanya tengok dalam Tripadvisor je tau. Bersyukur sungguh rasa dalam hati. Even memang aku akui, Swiss adalah negara yang mahal aku pergi dalm list destination yang aku redah kasi pecah, tapi view die memang sesuai sungguh dengan harga yang aku bayar pon. Kirenya berbaloi jugaklah if nak spend lebeh sikit kat sini.
Lama jugak kami duk jalan-jalan atas tu sampai ke petang dan terus balik ke Lauterbrunnen. Kami sempat jugak singgah di Coop grocerries shop untuk beli bekalan dinner kami. Ini malam mau makan best best sikit tau… Terasa cam lama pulak tak masak kan. So bila ada kitchen ni. Inilah masa paling best untuk tunjuk skill masak masak. Hostel kami ni ramai korean yang duduk. So, bila duk masak sekali ngan dorang, memang rasa macam dalam Asian Next Top Chef tau. Masing-masing muka lagak tak mau kalah tunjuk menu dari tanahair. Ahahha!
Even semua pakai perencah, tapi gaya masing-masing palin confident, sesekali aku gesel2 jugak senduk tu kasi bunyi ching ching sikit. Konon konon ade cafe lah kat Malaysia. Alahai kalau bab drama sila lah bagi aku kan, memang palin mampu lah. Lepas habis makan, kami masuk ke bilik (6 shared bedroom). Kak mah paling best, kene naik rooftop punya katil, ala-ala anak paling nakal duk paling atas lah. Tapi view die marvellous. Tengok air terjun sajok, die lah paling feeling, wifi laju teruk. Tapi tengok cite Ayda Jebat? Apoooo cik pung noooo, jauh-jauh datang sampai ke Swiss, pilih tengok Ayda Jebat dari view gunung? #larikkkk
Malam tu kami tido dengan aman ditemani gunung ganang and air terjun yang sentiasa mengalir dari gunung. Indahnya ciptaan Tuhan. Sesekali dengar jugak bunyi keretapi yang lalu di tepi hostel kami tapi sampai tengah malam je, then no more.
Bersambunggg….
Haii..ngah plan route to Swiss from Amrsterdam..nak tergelak baca pasal Cik Pung Tai tuh..neway..good job gurls sebab dah sampai Europe korang!
Assalam.. Brp hrga train ticket from lauterbrunnen je jungfrau tu? Baca dlm tripadvisor mcm mahal giler.. Do u mind to share?