Bersambung dari post sebelum nie, macam yang aku bagitahu, kakak aku hanya boleh follow sampai 2 weeks sahaja. So, her journey is until Switzerland. Manakala, aku pulak akan bersambung terus ke Istanbul. Okay, untuk her route, from Lauterbrunnen, beliau akan menaiki train terus ke Zurich. Dari Zurich tu, aku dah siap-siap book kan tiket Swiss Air (RM300++) terus ke CDG Paris. Dorang kene stay overnight kat CDG airport till next day untuk catch flight to Kuala Lumpur. Katanya, scary okay tido dekat airport dengan homeless duk sibuk kacau. Tapi, semuanya in control sebab security sana semuanya okay.
Berbalik pada cerita pasal tiket dari Zurich ke Paris, time nak book tu, memang ada je beberapa option lain especially Air France, tapi bila tengok balik harga and tempat landing tu (ORLY airport), memang aku rasa Swiss Air je yang doable. Better than others. Menurut kata kakak aku, flight die memang macam AirAsia tapi servis tiptop. Siap bagi sandwich free lagi. Segala urusan check in adalah self-service sajok. Jadi, janganlah terpinga-pinga duk mencari kaunter pulak nanti. Apa-apa pun, route yang buat untuk kakak aku boleh dikatakan okay jugak. So, kepada yang nak cuba this route, here you go :
Paris – Brussels – Amsterdam – Prague – Salzburg – Switzerland
Baiklah, aku nak cerita sikit pasal best way to travel to Venice from Lauterbrunnen. Sebenarnya bila time nak research ni, mostly advise untuk yang ada Swiss Pass. Tapi aku hanya ada Swiss Half Fare sajo, so, boleh ke aku dapat best price with shorter time? Ahaaa.. Anything can. Time aku buat research, aku terus book online je. Malas nak pikir-pikir. Since dah plan nak beli Half Fare Ticket, time korang key in tu, please masukkan jugak jenis tiket tu, nanti korang dapatlah half price uols. Untuk trip ke Venice nie, total harga tiket ialah CHF120. Mahal ye. Tapi ku gagahkan jugak. Yang penting kite fefeling kat Venice. Itu palin penting!
Akhirnya, pada jam 2.40pm, tibalah kami di destinasi idaman. Ahaaaaa! Kami sampai di Venezia Santa Lucia train station and terus beli ticket berharga €7 sehala untuk naik waterbus. Dan aku jugak ade beli map yang berharga €3, entah apa lah nasib aku boleh terpedaya untuk beli jugak even aku tak perlukan pon tau map tu. Tapi gile pelik lah, siap map pun kau nak jual segala. Memang boleh buat duit betul dari tourists yang datang. And aku one of them yang sangatlah pemorah, sampai-sampai je sedekah terus. Anyway, if korang tanya aku, perlu ke maps ni? Okay, meh nak bagitahu sikit. If korang jenis jalan nak plan ahead semua benda, better get one. If jalan-jalan cam aku ni ha, free and easy, aku rasa study kat Internet before datang sudeh. Sebab jalan di Venice sangat straightforward. Even nak mencari hostel kami yang agak krik krik tu pon, Insyallah jumpa 🙂
Tips : Untuk waterbus map, visit here – http://www.mapaplan.com/travel-map/venice-italy-top-tourist-attractions-printable-city-street-plan/high-resolution/venice-top-tourist-attractions-map-03-Water-bus-transit-lines-stations-Vaporetto-Actv-public-transport-planner-high-resolution.htm
Untuk di Venice aku menetap di hostel Veniceluxury. Ini je hostel yang aku mampu untuk stay beberapa malam sebelum ke next country. Location memang strategik sebab die berada di tengah-tengah antara Ferovia (station keretapi) dan juga Piazza De Roma, iaitu sejenis bangunan yang memang cantik giler. Untuk ke hostel dari main train station, naik waterbus di platform no.1 dan kami kene turun di stop Cadoro. So dari situ kiteorang perlu berjalan kaki tak sampai 10 minit sajok. Segala direction telah diberitahu, tapi tetap susah nak jumpa. Akhirnya, kami decide untuk carik ikut number building. Memang hostel nie sangatlah tersorok. Ianya betul-betul di bahagian belakang sebuah restoran. Kalau memalam tu, dapatlah layan pemuzik yang duk busking depan beranda kiteorang. Letops jugaklah bagi aku. So kalau korang nak lebih gah, better gi tempat lain.
Sampai sahaja di hostel, letak barang and terus masak-masak untuk makan dulu sebelum keluar explore Venezia. Cucur rentung adalah menu pada hari tersebut. Ahaaa… Air tangan ikhlas dari Cik Pora katanya. Lantaklah, yang penting makan kenyang tak perlu pikir nak makan kat luar sangat. Lepas dah soru tu, kami keluar dari hostel dan berjalan sajok ikut kata hati. Ke mana-mana sahaja, hanya berjalan kaki. So kami sempat jugaklah pergi ke area Ferovia (main train station tadi) untuk tanya tentang daily pass dorang. Aku rasa if korang nak lagi best, beli je daily pass ni ikut bapa hari korang stay and berjalanlah korang puas-puas. Memang berbaloi. Untuk kami, since sampai pun agak lewat, better jalan kaki je. Jimat.com!
Apart from berjalan kaki ke Ferovia and enjoy segala view yang ada, weols ada jugak stop di kedai souvenirs abang-abang Bangladeshi. Dorang memang friendly and bertambah riang bile tahu kiteorang dari Malaysia. Yang aku perhatikan, memang bersepah habis geng-geng dorang ni berniaga. Siap pandai speaking English plus Italiano. Kau rasa? Yang kite ni pun terkial-kial nak speaking, dorang dah habis advance. iJealous! But, look into bright side, bila dorang ni ramai gile duk berniaga, maka persaingan pun menjadi lebih pesat gitchewww…
Barang-barang jadi murah bile dorang jual. Korang boleh dapat fridge magnet dengan harga around 0.50€ sajok. Tapi, kiteorang plan untuk beli benda benda tu esoklah. Boleh survey-survey kedai yang lagi better kan? Lagipon tak lari benda-benda ni dikejar. Tapi, lama pulak duk lepak depan kedai dorang ni. Ini semua disebabkan dorang sangat happy kan bila tahu kami dari Malaysia. Tu yang layan cam orang kampong je. Since tak jadi beli rini, kami janji nak datang esok sajok. Die siap cakap kalau datang esok, cari die kat belakang. And kiteorang like what?? Kenapa eh? Tukar kedai ke apa? Terus sengih abang Bangladesh ni. Then die cakap yang die memang kene tukar kedai pon, itu rules kat Venice. Rotate setiap hari, barulah adil dan saksama. Tiada istilah ying yang, beriya iya no kan. So semua dapat merasa rezeki bersama. Alahai, bagus sungguh konsep gini!
Tips : Aku tahu mostly dari kita adalah pencinta souvenirs kan? Mungkin suatu ketika dulu, aku gitu. But now, kita nak jadi smart explorer. Semua tu, buat penuh bag je. Ahaksss. Anyway, satu tips berguna untuk anda. Dalam banyak-banyak negara di Europe yang aku pergi, souvenirs in Venice boleh aku katakan antara yang paling murah. Korang boleh beli banyak giler hokey. Fridge magnet la paling berbaloi sekali. Kalau konsep korang jenis sekampung pun kene bagi at least 1 barang, please spend banyak kat sini compared to others. Baloi-baloi woi!
Dalam duk kagum dengan konsep gini, aku sempat jugak tanya macam-macam benda yang aku rasa nak tahu. Even die ni bukan local but die duk sini dah bertahun-tahun dan segala benda pun die dikire tahu jugak. Ada jugak aku tanya tentang kebanyakkan souvenirs dorang yang bertemakan masquarade itewww… Kenapakah? Die cakap setiap tahun Venice akan ade festival berarak sepanjang jalan dengan memakai costume masquerade tu. So, memang semua pengunjung dan local people akan dress up kaw-kaw bagi memeriahkan sambutan majlis. Die punya excited, siap tunjuk gambar lagi kat aku. Meriah woi. So kalau korang nak datang, sila lah book tiket next year bulan February 2016 nanti ye. Dapatlah korang merasa!
Kami tiba di Piazza De Roma tu hanya berpandukan pada signboard yang ala-ala zaman dolu melekat pada dinding bangunan. Unik tau. Diorang akan letak atas sikit. And tertarik gile dengan signboard dorang. Akhirnya selepas berjalan kaki dengan berpandukan signboard dan gerak hati ini, akhirnya kami sampai jugak di dataran yang dimaksudkan. Bila dah sampai tu, terus rasa cam waaaaaaaa! Memang luas sungguh tempat ni. Orang pun memang ramai. Suasana time tu, sangat romantik. Alahai, sangat-sangat tau. Mana taknya, di segenap sudut tempat ni, pasti ada je bunyi muzik yang mampu menaikkan aura-aura Romantikak hitewwww! Ditambah pulak dengan senibina bangunan yang seolah-olah mengelilingi diri korang, walawehhhh! . Ini baru lah terasa cam berada di Europe yang sebenar.
Kami tak lama pun lepak kat situ, lepas dah duk layan segala jenis muzik, kiteorang pun berjalan mencari jalan pulang. Alhamdulilah tak sesat and selamat sampai di hostel . Aku siap-siap untuk tido selepas kemas segala barang-barang. Aku memang penat gile sampaikan terlupa nak letak bag paling penting dalam locker. Nasiblah kawan aku tu die memang duk prihatin segala barang, so die lah yang tukang simpan passport tu semua. Memang aku penat gile, tu terus boom kat katil. Zzzzzz!
Tips : Sebenarnya aku patut share benda ni dari post yang awal lagi. Kalau korang beli air mineral di Europe, please mintak yang no gas, no soda segala. Selalunya mineral water dorang akan jual maca air soda and harga die agak murah. Macam di Venice, normally, korang kena check yang ade tulis Naturalle. Kalau tak, bazir sajok!
Rindunyeee venice! Ntah nape la rase jatuh cinta yg amat kat sini.
Pasal soda water tu mmg byk kali terbeli. Membazir betol.
Ya Allah cantekkkknyaaaa Venice! My dream place to go since i was a kid… InsyaAllah i'll be there one day! Jatuh cinta sgt dgn your bloq cik pora! n i love u too! grr heeeee 😉
Ya Allah cantekkknyaaa Venice! My dream place to go since i was a kid, InsyaAllah one day ill be there. Love reading your bloq so much!!! ure such an inspirational! :-*
Takpe Safura…. One day mesti sampai punyalah. All starts with dreams kan