Hari kedua di Lauterbrunnen, kami bangun, siap siap buat breakfast and terus menelusuri jalan di Lauterbrunnen yang sangat cantik dan indah. Cuaca haritu memang panas dan sangat bercahaya mentari nyaaa.. Anyway, dalam duk hangat-hangat asrama itu, sempat jugak kami singgah di Stubbachfall. Yelah, memang satu jalan je pun air terjun yang menghiasi pemandangan dari balkoni bilik kami. So, alang-alang, moh kite kenal air terjun ni dengan lebih dekat. Memang meriah.
Di sepanjang jalan, hanya hijau rumput, bunga lalang, lembu dan pemandangan indah yang tak pernah aku lihat sebegitu cantik begini. Even haritu, agak panas sedikit, tapi angin die agak sejuk, so takdelah peloh jantan segala keluar dari badan ni ha. Dalam duk ngelamun melayan pemandangan indah gini, baru perasan yang jauh jugak kami berjalan, siap stop untuk makan pasta bagai. Lunch bawak bekal, punyalah nak jimat. Memang jimat pon. And takde kedai halal pun kat area sini. So no-no berangan nak picnic nasi lemak bawah air terjun. Ingat Ulu yam?
Okay, sekiranya anda dah habis tawaf Lauterbrunnen and terpikir untuk explore kawasan lain yang berjiran dengan Lauterbrunnen ini, korang boleh jugak pergi ke Murren, Grindelwald or Wengen. Kiteorang decide untuk gi Wengen je sebab untuk ke Murren, cable car die tutup pulak. Kene naik bus and then barulah boleh naik ke Schilthorn. Untuk kami, cukuplah ke Wengen yang aku rasa memang tak worth it sangat untuk korang pergi kalau bukan summer time. Memang sunyi gile tau. Takde orang. Kedai semua tutup. Sunyi sepi macam kampung kene tinggal woi.
Tertanya jugak kami, orang-orang die ni cuti solat Jumaat ke apa? Itu memang tak mungkin. Even time kami datang tu adalah hari Jumaat. Memang peliks. Kalau dah kedai pun tutup, time lalu kat kawasan rumah dorang, rumah pun kosong. Motif sangat kampung Wengen ni. Dalam sibuk tertanya-tanya ni, kami sempat jugak lah singgah di satu kedai souvenirs yang baru bukak. Asalnya die memang taknak entertain customers langsung sebab die memang tak bukak dah berbulan-bulan. Aiyooo, ini macam pun ade ke apa? Tapi die tengok kiteorang macam teruja nak tengok apa ade dalam kedai die, die pun bagilah kami masuk. Cik pong haruslah nak tahu macam-macam kan? Terus tanya mana semua penduduk? Dan dan aku nak datang, takkan main nyorok nyorok pulak. Ahaaa… Haruslah tidak kan…
Actually menurut pakcik yang meniaga kat situ, Wengen ni adalah perkampungan untuk mereka yang gemarkan sukan ski. So, di sinilah mereka akan bermain ski kaw kaw nya. Dan musim main ski selalu during summer sahaja. Musim lain, orang taknak main diknun.Terus aku terpikir, kalau bukak kedai time satu musim je, camne nak untung and survive? Kita kalau tak keje sebulan pun, rasa macam end of the world woi. Berbeza betul cara dorang ni. Kalau kat Malaysia, tutup sehari pun ade yang dah duk muncung kire untung rugi bagai. But not in Wengen lah.
Kirenya kalau nak nampak kemeriahan Wengen ni, korang kenelah pergi time dorang duk sakan ber-ski or else hanya sepi-nyepi sahaja yang bakal menyambut kedatangan anda itewwwww…. Since nyepi gitu, lepas jejalan and amik gambar sikit, kami pun terus pulang semula ke Lauterbrunnen dan sambung journey ke Interlaken. Kalau tanya kenapa nak gi Interlaken? Haaaa…jawapan aku adalah untuk cari barang dapur. Korang rasa??
Macam mengong jugak alasan aku berikan tapi itulah hakikatnya. Time aku tanya kat tiket kaunter pun, benda yang aku tanya adalah tentang supermarket. Haiyooo…nangis ye shopping barang kat Interlaken. Beli cili, sayur, teloq segala wey…apa lah nak jadi dengan kiteorg ni. Kemaruk nooooo nak main masak masak sampai lupa terus tujuan untuk jalan-jalan di Interlaken. Apa-apa pun settle beli barang dulu then baru pikir nak ke mana pulak.
Dah memang takde rezeki gamaknya untuk berjimba di Interlaken, elok je kami keluar dari Coop, hujan pun turun dan kami terus cancel kan plan untuk jejalan di sana sebaliknya pulang sajok ke Lauterbrunnen yang kami rasa palin palin indah dalam ramai-ramai. Wah! Siap masak, makan smua, masing masing. Mula melayan jiwa dan phone sendirik. Wifi laju hawau, memang makin anti social la dalam hostel. Nak keluar pun memang takde apa sgt tema- nya. So lepak bilik jelah.
Next day, kami keluar agak lewat selepas menyediakan breakfast. Actually tak sangka yang journey untuk ke satu lagi bandar popular die Swiss iaitu Lucerne amik masa agak lama. Tambang around CHF19.80 sehala dan train akan berlepas sejam sekali. View memang marvellous tau. So, kalau nak enjoy view letops, carilah seat tepi tingkap memang berbaloi. Macam train kami, tak full uols. Dengan itu, sesuka hatilah kalau nak pindah randah buat perangai.
Sampai di sana, kami berjalan di sekitar Chapel Bridge sambil menikmati panorama bandar Swiss yang agak berbeza sedikit. Barulah aku rasa ada jiwa sikit bumi Swiss ni. Kalau duk pandang gunung ganang berjam-jam pun, boleh haru hiduppp.. Ahaksss. Untuk penggemar souvenirs, korang kalau nak beli, better beli kat kedai yang jual macam suratkhabar tu. Dorang jual murah sikit berbanding official kedai souvenirs, sebab selalunya official souvenirs shop akan ade 8% tax hokey. Bila aku amati kembali dalam banyak banyak negara, In terms of barang, Swiss memang ade persamaan sedikit dengan Malaysia especially selepas pelaksanaan GST. Sama teruk dari price wise. So, jangan nak culture shock sangat if tengok barang dekat Swiss. Sekian.
Cuma satu yang aku nak bagitahu kalau duk beli barang kat sana, korang janganlah convert duit RM ke CHF or vice versa, just guna nilai harga berdasarkan number, memang sama tau. Contoh sayur, seikat around CHF2, sama je lah dengan harga sayur kat Malaysia. Memang agak terasa jugaklah bila beli barang kat sini, amik gak penuh troli tapi kene dekat CHF90. Kau rasa? Cuma yang aku puji ialah work life balance dorang yang lebih munasabah. Kalau hari Ahad, rata rata kedai runcit banyak yang tutup. Jadi, siap sedialah stock makanan yaaaa.
Kami tak lama pun di Lucerne, time nak balik ke Lauterbrunnen tu, hari hujan so berlarilah duk carik tempat berteduh. Nasiblah tak terlepas train yang dikejar. Oh ya, untuk beli tiket balik, korang kene beli kat kaunter. Kalau boleh, if korang takde Swiss Pass tu, meaning on Half Fare, belilah siap-siap return trip. Toksah beriya nak rushing-rushing. Lagi better that way tau. So, take note ye.
Sampai di Lauterbrunnen, aku excited bangat sebab ini adalah hari last kami di Switzerland. Dan ini bermakna, first batch of my Europe trip dah towards the end. Now, batch 2 pulak akan bersambung terus ke Venice. Aik, kenapa duk split begini eh? Actually, kakak aku akan pulang semula ke Malaysia dan hanya aku dan rakan sahaja yang akan menyambung trip ini untuk cukupkan 1 month. Ahaaaa… So, bagi 1st batch nye trip, tibalah masa untuk pulang semula ke Paris dan kemudian ke Malaysia. Untunglah dapat makan nasi lemak dulu. Kita sambung lagi nak makan pasta pulak #eh
Malam tu, kami makan bsar sikit sebab banyak jugak stock makanan yang dihabiskan. Taknak dah memberatkan bag dengan segala stock makanan. Memang persis peti ais bergerak. Anyway, malam tu, dapat jugak lepak dengan ade sorang abang+ family die yang datang dari Malaysia. Gigih sesama kongsi cerita turun naik kejar train, tapi die lagi tabah sebab ade baby tau. Aku memang salute sungguh sapa buat euro trip bawak baby ni. Aku yang tak de baby pun dah gundah gulana duk pikir pasal train dorang yang over punctual ni.
Malam tu, kami tido awal and siap siap segala packing untuk esok. Kami akan berpisah dengan dorang kat Lauterbrunnen. Kakak aku akan teruskan perjalanan ke Zurich dan ke Paris terus ke Kuala lumpur, manakala aku dan rakan aku akan bersambung menuju ke Venice. Perjalanan kami akan bermula di Lauterbrunnen-Interlaken-
Hai Safura… Saya jumpa awak dan kawan2 kat hostel lauterbrunen 2015… awak keluar TV tadi baru saya perasan…
Hi Zulhairi,
Iya ke? Wah lama tu moment berjumpa di Lauterbrunnen 🙂