Bersambung semula journey dari Cappadocia yang terindah itu ke bumi Istanbul yang terbaek itu –
Bus ade berhenti untuk toilet break di ala-ala RnR Turkey, Al-maklumlah journey pun dah setengah hari kan. So, time tu lah kalau nak beli barang-barang kudapan or souvenirs. Aku, hanya makan tester yang diorang letak tu je buat pemanis mulut. Perjalanan diteruskan sehinggalah hari siang dan kami tiba di Taksim. Time sampai tu, terus cam aikkkk Taksim? Setahu aku, time aku beli tiket aku memang cakap nak turun kat Sultanahamet. Bukan Taksim tau. Time tu jugak berderet dak dak China yang sekali naik bus ngan aku duk carik transfer untuk ke Sultanahamet. Alahai, takkan sampai Taksim je bus ni hantar aku. Mesti kena chingggg lagiiii… Aiyo penat la nak kene Taksim-ching ni. *Kesat peloh di dahi*
Aku yang terpinga-pinga ni duduk je tepi bus sebab masih lagi blur tak sudah. Aku hanya perhatikan sahaja dak dak China tu. Dorang dah diusung naik van oleh orang Turkiye. Aku taknak tau naik taxi dah. Van sapu ke, kereta sapu ke… memang aku serik. Nak naik bus, bag berkoyan-koyan. Dalam duk pikir tu, tetiba seorang lelaki bersuara Sultanahamet transfer for Suha… Aku pon terus cam tersedar dari angan-angan tadi. Syukur. Ada rupanya. Nasib baik. Kalau tak berbakul lah review kat Tripadvisor aku tulis pasal Suha nie. Maka…, masuklah kami ke dalam perut van dan seterusnya lalulah di bangunan yang membuatkan aku terus cakap dalam hati.. Ini barulah Istanbul! Yeahh terus semangat…
Kami diturunkan di tengah-tengah jalan oleh pemandu van. Katanya inilah Sultanahamet. Kalau nak ke area Haghia Sofia ataupun Blue Mosque kena jalan depan sikit. So, kami semua pun turun sajok kat situ sambil duk carik direction ke Blue Mosque. Dan untuk penginapan aku di Istanbul, aku memilih Cheers Hostel yang memang very the LETOPS. Location wise sangat strategik. Dekat gile dengan semua benda. Service memang aku salute habis. Cleanliness aku bagi 4 star. Bersih menjilat dinding tau. Even aku duduk hostel je. Bilik air kongsi tapi kalah bilik air private room. Di sini, since bilik dah sold out, aku hanya dapat book hostel with 10 bedrooms. Selesa tau tido ramai-ramai. Muhibbah sangat.
Untuk ke Cheers Hostel, kami hanya diberikan direction yang sangat general melalui email conversation aku dengan staff mereka. So, berlegar-legar tanpa tujuan jugaklah bila di depan mata aku adalah Blue Mosque dan Haghia Sofia. Arah mana nak tuju? Dalam email die cakap kene cari Don Yang Hostel. Aduhai memang tak jumpa langsung kelibat hostel ni. Tanpa buang masa, aku terus bertanya pada seorang auntie yang berjalan seiring bersama dengan aku. Aku tunjukkan beliau alamat dan juga direction yang diberi. Nasib dia paham dan terus bawak kami ke jalan yang benar. Bila dah jumpa Don Yang Hostel tu, aku ucapkan terima kasih kat beliau dan beliau pun berlalu pergi.
Aku yakin yang lorong di sebelah Don Yang Hostel tu adalah lorong yang membawa aku ke Cheers Hostel. Yeahh! So, apa lagi, bila dah yakin tu, aku pon fefeling jalan pelan-pelan sambil snap-snap gambar dulu. Dalam duk sibuk snap gambar tetiba suara wanita jerit ke arah aku. Aku pun terus berhenti amik gambar and pandang ke arah wanita tadi. Ini macam auntie yang tolong aku tu. Die menujukkan arah ke kanan dan suruh aku melintas jalan sebab hostel aku berada bertentangan jalan aku berdiri tu je. Mungkin die takut aku melilau kat tempat lain. Aku yang terharu ni pun terus cakap okay thank you. Baik tauuuu makcik ni. Membantu sampai macamtu sekali tau.
Sangkaan aku tentang lorong yang bersebelahan dengan Don Yang itu memang tepat. Aku seret sajok bag aku menelusuri lorong tersebut sehingga aku sampai di hadapan Cheers Hostel. Pintu kecik je tapi bangunan dia tinggi. Dan sangat dekat dengan semua attractions. Mudah. Kami disambut oleh receptionist yang sangat friendly and finally ade pun yang fluent English. Senang nak berkomunikasi. Pheww! Beliau settlekan urusan check in (kena letak bag kat luar dulu sebab bilik tak siap lagi) dan sempat jugak beliau suh kami rehat kat rooftop. Rooftop die ni ade bar dan menghadap ke Haghia Sophia. Bolehlah tengok-tengok view cantiks dari rooftop Cheers ni. Memang cenggini!
Aku capai segala toiletries untuk bersihkan diri sebelum dijamu Apple Tea yang walaweh! Best gile bila pekena Apple Tea ni. Rasa nyaman and tenang. Settle minum-minum, abang reception bukak map and bagi segala tunjuk ajar untuk semua attractions yang ada. Destinasi pertama untuk hari tersebut ialah Topkapi. Berjalan tak sampai 5 minit dah sampai. Tapi aku tak masuk pun. Hanya berlegar di sekitar garden Topkapi sambil memerhatikan warga Malaysia tengah tunggu tour dorang belikan tiket. Rindu pulak aku tengok muka orang Malaysia ni. Aching-aching terasa cam lama tak jumpa. Feeling teruks dah ni ahhaha!
Tips – Untuk masuk Topkapi ni and pelbagai lagi attractions menarik di Istanbul (especially museum), aku suggest korang beli lah Museum Pass yang berharga 85lira. Untuk aku, aku memang tak berapa nak minat sangat masuk kepelbagaian museum ini. Rujuk sini untuk maklumat lanjut – http://museumpassistanbuldistributor.com/faq/
Aku bergerak keluar dari Topkapi dan menuju pula ke ferry dock (di Eminonu) untuk ambil ferry boat dan terus ke Eyup. Aku berminat untuk ke Eyup selepas terbaca pada satu blog yang menulis pengalaman beliau di Eyup. Eyup adalah lokasi di mana terletaknya makam sahabat Rasulullah – Hazrat Abu Ayub Ansari R.A. Nama kawasan dan masjid ini diberi atas nama Eyup itu sendiri. Makam Abu Ayyub al-Ansari terletak di dalam Masjid Eyup.
Ini adalah tempat paling aku berminat sangat untuk pergi. Memang dari aku kat Cappadocia lagi aku dah siap-siap Google pasal Eyup ni. Tarikan untuk ke sini lebih hebat dari attractions lain di Istanbul. Dan aku sangat bersyukur bila aku berpeluang ke sini. Rezeki Safura. Ferry bergerak 45 minit sekali dan 1 journey will cost you 8 lira. Tapi view yang akan kami lalu adalah sangat awesome. Eyup merupakan kawasan di sebelah Asia dan sepanjang perjalanan dapat dilihat beberapa masjid yang menghiasi kawasan perumahan tepi sungai mereka. Dengan mengambil ferry, anda akan melintasi Golden Horn yang femes itu. Jangan lupa enjoy view sepanjang perjalanan. Indah, sangat.
Tips : Selain ferry, anda juga boleh ambil bas bernombor 39 di Old Town berdekatan dengan tram station Beyazit.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 10-20 minit dan bila kami tiba sahaja di Eyup, kami hanya perlu berjalan kaki melintasi beberapa kedai sebelum tiba di Masjid Eyup. Bila masjid tersebut berada di depan mata, hanya kesyukuran sahaja yang aku panjatkan kepada yang Maha Esa kerana mempermudahkan perjalanan aku untuk sampai di sini. Suasana di sini sangat tenang biarpun berpusu-pusu orang yang datang dari pelosok donia. Tapi tak rasa sesak pun. Rasa tenang. Kesempatan berada di masjid ini harus aku penuhkan dengan melawat makam Abu Ayyub al-Ansari dan juga berada di dalam masjid untuk mensyukuri segala yang aku tempuh sehingga ke hari ini.
Sempat juga menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa. Aku ingin berkongsi satu pengalaman ketika ingin mengambil wudhu. Aku masuk ke dalam masjid untuk mencari tempat mengambil wudhu. Aku naik ke bahagian perempuan dan bertanyakan pada seorang wanita mana nak ambil wudhu. Tapi segala yang aku cakap semuanya asing buat mereka. So, aku duduk bersandar sambil mengintai di bahagian bawah ada disediakan paip air dan tempat duduk. Cuma semua yang ada di situ adalah kaum lelaki. Aku duduk lama sambil perhatikan kalau-kalau ada kaum hawa yang ambil wudhu kat situ. Aku tengok kiri dan kanan aku. Aku terus nekad, turun bawah, duduk sekali dengan kaum lelaki untuk mengambil wudhu. Memang kiri kanan aku, semua lelaki. Kalau ada yang tegur tak bagi ambil wudhu di situ, aku redha. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku terus naik semula ke tingkat atas dan selesai.
Bagi aku, jika korang ada masa, please spare some time untuk ke sini. Sini more local and harga sedikit murah jika dibandingkan dengan Sultanahamet yang mencanak tinggi semua barang yang diorang jual. Di sini lebih tenang dan berpatutan. Better sikit. Kemudian aku bergerak pula memasuki bandar Eyup yang rata-ratanya adalah penduduk tempatan yang keluar membeli belah. Sempat jugak aku singgah untuk mengisi perut dengan kebab dan nasi. Harga not bad. Yang penting kenyang. Itu paling penting. Selesai urusan di Eyup, hari pun dah petang.
Tips : Beli lah souvenirs kat area Eyup, even choice die tak sehebat di hostel kami tapi harga letops murah
Aku beransur pulang dulu terus ke Eminonu dan lepak sebentar sambil layan street entertainment dan survey price Balik Ekmek (Fish Kebab). Sambil-sambil tu, sempat jugak aku singgah sebentar di Spice Market duk tengok-tengok apa yang menarik. Kita survey dulu, if ada duit lira lebih barulah kita beli belah. Aku berjalan kaki menuju ke Blue Mosque dari Eminonu. Jauh tauuuu… Kalau naik tram lagi mudah cuma nak jimat, beli sajok tourist card tu, swipe and topup. Untuk aku yang tak rasa card tu convenient for short trip, aku berjimat dengan berjalan kaki sahaja. 2-3kali je aku naik tram diorang. Don’t worry tram dorang straightforward. Easy. So, takde masalah untuk sesat ye.
Niat untuk terus ke Blue Mosque dari Eminonu aku tangguhkan sekejap sebab dah masuk waktu Maghrib pun. Why don’t aku amik telekung di hostel dan baru bergerak menuju ke Blue Mosque, kan? Boleh solat sekali. So, aku singgah dulu kat hostel then baru berjalan kaki ke sana. Apa yang menarik pasal masjid di Istanbul, mereka akan sediakan plastic untuk korang isi kasut. So, bawaklah kasut tu bersama dengan korang. Tiada istilah kasut hilang di sini. Herlok cara begini. Aku masuk ke dalam dan terus rasa kagum dengan senibina masjid yang sangat cantik. Perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata. Indah 🙂
Selepas berlalu dari Blue Mosque aku berjalan di sekitar masjid dan melihat pelbagai ragam manusia sebelum aku bergerak semula ke Eminonu. Memang jauh tau nak jalan. Tapi layankan saja. Ini malam aku nak dinner Balik Ekmek. Teringin nak merasa. Sedap nauuu ke yang sampai orang semua duk penuh sakan. Harga sebijik 8lira. Aku siap letak sos lemon banyak-banyak untuk hilangkan rasa hanyir. Nasiblah ada bawak chili sauce dari Malaysia. Kalau tak, memang tak nak makan tau. Apa-apa pun, biasa-biasa sajok rasanya. Depends pada lidah yang merasa. Kalau ikut taste aku, biasa-biasa je. Setakat nak merasa tu, bolehlah. But kalau untuk makan everyday, Maggie lagi sedap woi.
Malam tu, aku berjalan pulang semula ke hostel dalam keadaan kaki yang dah capek bangat. Adalah dalam 30 minit woi. Sampai di bilik, lampu pun dah tutup. Kedengaran suara room mate yang berborak-borak dalam bahasa masing-masing. Baik aku bersihkan diri dan tido. What a tring day. So, better recharge energy for tomorrow. Istanbul, see you again tomorrow.
Dikesempatan ini aku juga nak beritahu kepada mereka yang nak pergi Istanbul, untuk trip aku kali nie, aku memang tak buat apa-apa preparation selain book hostel aje. Research pasal tempat menarik aku banyak buat time aku kat Cappadocia. So, yang selebihnya on how to go, aku memang refer pada receptionist sajok. Mereka di Cheers Hostel memang paling banyak membantu. Dan aku lebih banyak spent time melihat gelagat orang di sana rather than masuk semua attractions. Kalau aku sesat ke apa, memang aku berharap pada orang ramai. Even English dorang krik-krik, tapi tetap membantu 🙂
Untuk mereka yang nak ke Istanbul, aku sarankan korang stay kat hostel ni. memang lokasi strategik habis. Staff dorang pun semua friendly sangat-sangat. Aku memang kalau boleh stay lama sikit, aku nak duduk sini jeeee… Rasa homey sangat. Kalau nak book, silalah pergi ke website ni – http://www.cheershostel.com/. Email je dorang. Pantas sekali dorang reply.
wahahhaha amek wudhu dkt tmpt laki tu win!! masa i gi last year, mmg jarang nmpk wanita2 amek wudhu lantas stress sesorg, derang amek wudhu sesiap dari umah ke?
Nway kat Eyup tempat wudhu dia jauh jugak, lepas water fountain tu, 1TL 😀
Oh adaaaaa. Ingatkan memang situ aja tempatnya. Yes, terpikir jugak, memang dorang siap-siap amik dari rumah la ni. Apa-apa pun Eyup sangat unik kan.
cantik semua gambar. btw bus tu nampak selesa sangat ala ala flight>< kalau I macam tak kisah je 12 jam ,hehehhe
Terima kasih Mommy Cici 🙂