Salam semua. Akhirnyaaaaaa….Hmmm… It’s gonna be my last story from my Euro trip. Aaaaaa… Time aku nak type ni pun terasa sebak pulak fikirkan yang sekejap sahaja masa berlalu. Diam tak diam, aku dah sampai ke hari terakhir pengembaraan ini. Nak nangis, takleh nangis, tapi dalam hati memang sebak coz taknak balik Malaysia. Kau rasa? Ahaaaa. Itulah apa yang Cik Pora rasa bila terpaksa kira sisa masa yang masih ada untuk aku menghabiskan ceritera kehidupan seorang pengembara berpoket nipis ini.
Pagi di Istanbul kali nie (21 May 2015) akan aku manfaatkan dengan sepenuh jiwa ragaku. Segala tempat yang aku rasa sempat cover, aku akan pergi tanpa sebarang paksaan. Just go and discover. Ala-ala free and easy but dengan matlamat untuk jadikan hari ni hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Dah last day woi.
Jadi, bangun pagi-pagi, breakfast ala-ala wanita Turkey (makan cheese, salad, egg and bread), minum hot apple tea, duduk bersimpuh dan sisip rambut ke tepi sikit sambil perhatikan other traveller yang turut memeriahkan pagi au di Cheers Hostel Istanbul. Oh indahnya, kalau aku dapat nikmati moment gini everyday. Meeting new people and melayan pelbagai ragam. Kekdahnyaaaaa… dalam hati tertanya…. Cheers Hostel ada keje kosong tak?
Aku bergerak keluar dari Cheers Hostel dan terus berjalan menuju ke Hagia Sophia yang memang terletak tak sampai 5 minit berjalan kaki. Bila aku dah sampai tu, nampak queue pon tak berapa nak ramai. Terus ajok masuk and beli tiket berharga 30lira.Disebabkan semalam, roomate aku dari US die cakap die suka Hagia Sophia tu, tapi bila kau takda guide, kau akan jadi cam tak tahu apa-apa history pasal tempat ni.
That’s why beliau advise untuk aku ambil audio guide sepanjang aktiviti explorasi di Hagia Sophia ini. Aku pun apa lagi, semangat bayar 20lira and startlah duk dengar segala benda yang diperkatakan melalui earphone itu. For me, it’s very useful. But in case kalau korang bukan jenis orang yang suka dengar macamtu, boleh je baca segala info yang dorang letak untuk setiap pit stop kat dalam tu.
Melangkah masuk sambil duk pakai earphone, terasa diri ni ala-ala cendekiawan angat. First time tau buat benda-benda gini. Aku ni dahlah tak reti nak duk diam. Duklah betulkan earphone yang macam taknak lekat kat kepala. Rasa nak campak je. Tapi aku try alihkan perhatian dengan main tekan-tekan device audio di tangan ni. Wahh ada suara lah. Keles kau jah. *jakun*
Untuk pengetahuan umum,time aku masuk ke dalam Hagia Sophia, ada renovation untuk conservation tempat ini sedang dilakukan. Namun, itu semua kite ketepikan. Apa yang penting, bila masuk je. Terasa amat-amat indah pemandangan yang ada di hadapan mata sejurus mata melihat kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebelum menjadi sebuah masjid, Hagia Sophia adalah gereja yang dibina oleh Constantius dan sering dilanda gempa. Ketika penaklukan Sultan Muhammad Al-Fatih, beliau telah memerintahkan untuk mengubah Hagia Sophia menjadi sebuah masjid dan diganti dengan nama – Masjid Aya Sofia.
Pada tahun 1922 M, setelah hampir lima abad diabadikan menjadi masjid, Aya Sofia dijadikan pula muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk. Sejak pada itu masjid Aya Sofia dijadikan satu tarikan pelancongan yang terkenal kerana nilai sejarah dan struktur rekabentuk oleh Byzantium menggamit mata setiap pelawat termasuklah aku sendiri.
Sepanjang aku berjalan dan explore setiap sudut Hagia Sophia, aku benar-benar kagum dengan senibina yang sangat-sangat cantik. Bila aku dongak ke atas, senibina kubahnya amatlah unik sampaikan aku siap Google malam tu nak tahu lebih lanjut. Katanya rekabentuk Byzantine ini telah mengubah sejarah senibina selama ini.
Mengikut sejarah, apabila Hagia Sophia ditakluki oleh Turki Uthmaniyyah di bawah Sultan Mehmed II, kebanyakkan unsur-unsur gereja telah pun dikeluarkan termasuk loceng dan banyak mosaic juga ada yang ditampal. Namun, since Hagia Sophia dah jadi museum, terhias di sekitar dinding dah kubah yaitu unsur-unsur Islam dan Kristian.
Jika diamati dari sudut berbeza, aku dapat bayangkan betapa kuatnya Islam suatu ketika dahulu. Selama 500 tahun ianya menjadi sebuah masjid terbesar di bumi indah ini. Namun, kini ianya dialihkan menjadi museum. Terdetik di hati, mengapa masjid ini tidak dikekalkan sahaja menjadi rumah ibadat orang Islam?
Aku biarkan persoalan tu berlalu cenggitu je. Aku teruskan explore-explore Aya Sofia sampailah aku jumpa sekor kucing comel gile. Punyalah die lari bila orang datang dekat dengan dia. Bila aku datang je nak amik gambar dia, dia terus duk meleser beriyaa… Wah aura safura kucing dah terpancar, tu yang jadi camtu. Aku rasa tema post kali ni macam nak meng-upkan diri jeee tau. Muntah laks orang baca. Anyway, meow ni femes okay. Katanya, Obama pernah memberi belaian manjaaa pada meow ni. So, memang bertuah sekali kucing yang seekor ini.
Selepas beberapa jam berada dalam Hagia Sophia, tibalah masa untuk aku bergegas ke sebelah Asia pulak. Tema kali ini adalah nak ke Galata Tower puleksss. So, dari station tram berhampiran dan terus ke Karakoy station. Harga 4lira tak silap aku. So, tak sampai beberapa minit, kami pun tiba di Karakoy station. Terus menongkat tangga untuk mencari Galata Tower ini. Gigih yeeee naik tangga itu. Sempot!
Sesampai sahaja di Galata Tower, aku lihat ada orang beratur untuk naik ke atas aku agak. Tapi yang menarik perhatian aku ialah kedai dan lorong di sekitar area Galata Tower nie. Eh cantik lah. Nak kata macam Europe tapi tak macam tau. Aku terjatuh cinta terus dengan view begini. Siap dengan kedai-kedai arts dorang, uish ni memang favorite lah. Bila dapat tengok peniaga mempamerkan seni dorang. Love oh love!
Galata Tower – terbaek!
Aku teruskan perjalanan untuk mencari new discovery yang aku pun tak tahu apa nama tempat nie. Cuma aku sempat screencapture gambar dari Google. Dan itulah menjadi panduan untuk aku tanyakan kepada orang-orang Turkey. Aku menelusuri Taksim Tunnel tram yang penuh dengan kedai-kedai menarik. Dari restaurant, kedai kasut, kedai baju semua lengkap kat sini. Time aku lalu tu, cuaca pun mendung siap hujan gerimis lagi. Ada jugak aku aim kedai mana nak singgah malam satgi untuk beli barang-barang time malam nanti. Tapi ada something happened, yang akan aku ceritakan sat lagi.
Aku teruskan perjalanan mencari tangga berwarna-warni idaman kalbu itu. Macam-macam orang yang aku tanya, siap ada yang jawab, why you want to go there? No history, culture, it’s not real Istanbul. Alahai pakcik, sungguh menusuk kalbu ‘zassss’ pakcik tu. Terasa macam dibidas Diva AA pulak. Ahaaksss. Entahlah, aku ni minat benda-benda yang cenggitu. Takpe, usaha tangga kejayaan. Akan ku carik jugak tangga warna warni ituuu..
Sepanjang journey tu, kami ditunjukkan jalan oleh seorang mamat Turkey sampailah kami jumpa sebuah kedai makan yang ramai sunggu dengan orang-orang local. Barangkali sedap gamaknya. So, aku pun singgah untuk rasa makanan mereka. Aku ambil nasi, salad and kuah meatball. Sedap jugak temanyaaaa. Habis makan, tanya lagi kat mana tempat ni, dorang siap bukak maps bagai. Tema kat sini, tanya owner kedai terus, manakah lokasi tangga tersebut. Kekdahnya satu kedai terus tolong checkkan lokasi tangga ni. Bikin onar ke tidak tu? Takpelah, semoga Tuhan membalas jasa kalian. Tanpa berlengah lagi, aku pun teruskan jugak misi mencari RAMLI ini. Gituuu..
Makin lama makin jauh aku berjalan. Dan kami berhenti untuk tanya pada mangsa seterusnya. Bila dia tunjukkan tu, memang ada tangga tau, tapi color die dah lusuh habissss.. Aduhai, cedehnyaa rasa hati ini. So, nak patah balik ke nak patah hati? Aku teruskan berjalan tanpa hala tujuan. Jauh woi berjalan tapi takkan color tangga ni gini je. Macam tangga tinggal je tauuu. Sedeh weyyyy!
Di hadapan aku ketika itu ada sekolah budak-budak. Dorang paling excited bila aku tanyakan jugak tangga tu terletak kat mana. kot kot lah ada tangga lain yang betul-betul macam dalam gambar idaman aku ni. Budak-budak tu tengok je gambar tu, terus jerit sakan sambil tunjukkan tangan menuju ke hadapan. Wah wah! Biar betik….
Aku pun gigih berjalan menuju ke arah yang ditunjukkan budak-budak tadi. And tadaaaaa! Impian tercapai. Memang wujud tangga kaler-kaler ni. Wah melompat girang. Tanda gumbira sebab jangan pernah putus asa even dalam keadaan separuh sedeh. Ini kalau pakcik tadi tu tahu, memang die maki sebakul. Bersusah payah tak putus asa bagai untuk benda-benda gini. Ish ish ish!
Apa-apa pun, aku snap pelbagai jenis pose kat area sini. Dah lah takde orang tau. Memang heaven teruk perasaan time tu. Dari atas ke bawah duk posing sakan. Nasib baik tak main lari-lari tau. Kalau tak, mau kene amput dengan orang Turkey. Lagipun, tangga tu memang terletak dekat sebelah rumah orang tau. Kalau bising-bising, memang die campak Balik Ekmek, naya meks!
Habis berjimba, aku pun apa lagi. Cari jalan pulang. Naik sajok tram di Findikli ni. Kalau aku tahu, memang dari hostel aku amik tram dan terus sahaja ke station Findikli ini. Namun, disebalik pencarian ini, aku sepatutnya lebih bersyukur kerana dapat berinteraksi dengan orang di Turkey yang memang friendly. Even language is our main barrier, but kiteorang still nak jugak berborak temanya. Dan banyak jugak street-street yang menarik dapat aku jumpa. Kekdahnya, inilah yang menjadi lambang Istanbul dan aku rasa tak perlu ubah apa-apa pun kat sini. Just let it be!
Dari station Findikli, aku turun di Eminonu untuk ke post office (send postcard) dan ke Spice Bazaar. Bukanlah nak mencari rempah ratus. Tapi nak beli lace dan mencari souvenirs yang bisa dibawa pulang untuk keluarga tercinta. Eh eh chop! Beli lace? Weh seriously kat sini lace die cantik and murah. Aku borong banyak giler hokey. Duduklah berjam-jam duk bargain dan bila penat, dihidang pulak dengan Apple Tea. Fuh! Memang letopsss habis feeling dapat minum Apple Tea ni. Lama jugak duk membeli belah barang-barang lace dan jugak tudung Turkey. Yang lain, memang tak berminat.
Habis beli belah, pulang ke hostel berjalan kaki, letak barang dan berjalan ke Blue Mosque untuk duduk santai di situ. Taman kat depan Blue Mosque nie memang port yang best untuk menikmati keindahan masjid ini. Pelbagai ragam manusia dapat aku lihat sambil regangkan kaki yang memang dah penat sakan ni. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang trip ke Eropah dan diberikan rezeki untuk datang ke sini melihat sendiri Blue Mosque.
Hari makin petang dan perut pun lapar giler. Aku tinggalkan pemandangan Blue Mosque dan naik tram terus menuju ke Karakoy untuk tengok Galata Tower, view petang pulak. Kami menelusuri jalan yang sama seperti tengahari tadi. Hari pun semakin gelap. Just nice untuk special dinner di Istanbul dan kami pilih Restoran Konak yang ada rooftop area. Memang kiteorang tak book apa-apa, just walk in je. Masuk je ke dalam restaurant dan terus dibawa ke tingkat atas sekali. Dapat meja hujung dan terus rasa cam cedeh. Ha, feeling ke tidak. Idea untuk makan besar, penutup bagi trip aku kali nie bukanlah lahir dari aku.
Kalau ikutkan budget yang ciput ni, tapau kebab makan tepi sungai tu pon takpe. Tapi rezeki aku dapat dinner kat tempat special camni. Aku duduk dan order makan & minum. Sebagai appetizer, kiteorang dapat roti. Dapatlah alas perut dulu before main course sampai. Aku pandang di sekeliling dan bagaikan tak percaya esok aku dah kena pulang ke tanahair. Rindu kat family and Katy Perry (kucing aku) tapi hati rasa berat nak tinggalkan Istanbul dan feeling yang aku alami ketika ini. Taknak balikkkkk *ekmek* dah tema sekarang.
Topic untuk dinner nie adalah recap semua destination yang aku lawati dan what is the worst experience sepanjang trip ni. Kalau tanya paling best, banyak tau. Tapi worst tu haruslah kejar train kaw kaw and kes pakcik Taksim yang drift bagai nak rak tunjuk skill die. Alahai pakcik, akan saya ingat pakcik sampai bila-bila. Nasib saya ada gambar pakcik, nanti kalau saya dah tua, akan saya khabarkan cerita ini pada anak cucu saya. Insyallah.
Apa yang aku pasti sekarang, ini semua bagaikan mimpi. Sampai ke bumi Eropah dengan berbekalkan research beberapa bulan sahaja (dari January 2015 tau) dan duit poket yang cukup-cukup untuk cover trip nie. Ini adalah impian suatu ketika dulu. Dan kini ianya menjadi satu kenyataan. Kalau aku amati lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi, ha inilah yang betul-betul terjadi pada aku. Yang paling aku terharu adalah apabila Allah berikan aku teman supaya tidak keseorangan sepanjang trip ini. Dan mereka adalah yang terindah dalam hidup aku. Susah dan senang kami lalui sama-sama di negara orang.
Ianya telah membuatkan aku sedar, it’s not about destination anymore. It’s about people you go with. The memories. Sweet or bitter, they always with us. Bagi aku, mereka yang bersama dengan aku ketika ini adalah mereka yang dihantar untuk menemani aku. Syukur Ya Allah. Aku tidak pernah keseorangan dalam mengharungi bumi Eropah selama sebulan ini. Dan segala urusan kami sentiasa dipermudahkan. Terlalu indah perjalanan ini. Terlalu indah.
Hanya saya dan alam ini sahaja yang memahami akan perasaan dalam hati. Aku tahu aku muda hanya sekali. Tapi aku bersyukur kerana aturan hidup aku begini. Kalau dulu cikgu selalu tanya, 10 tahun dari sekarang nak jadi apa. Ramai dalam kelas jawab nak jadi engineer, architect segala. Aku? Aku jawab nak jadi wartawan hiburan macam Huzz atau pengacara Malaysian Idol. Aku je lah yang palin yakin dalam kelas time tu sebab aku tipu sunat cikgu tu sebenarnya. Tu yakin terlebeh sangat. Padahal, aku memang takde impian apa-apa pun. Dan kalau cikgu aku dapat tafsir masa depan aku yang sekarang. Laju je die jawab. Safura takde keje tu, tapi die mungkin akan travel ke Europe. Oh dunia, aku rela ditertawakan dengan impian gila aku ini. Dengan risiko yang aku ambil asalkan aku bisa tersenyum dari hati bukan sekadar di bibir. You know what I meant!
Makanan sampai sesudah habis kami recap semua insiden yang berlaku. Kami menjamah makanan dan kini berborak tentang segala yang indah sahaja. Takde cite-cite sedih tentang Malaysia, tentang kerjaya or whatsoever. No no no yeeee. Ini semua moment yang tak mungkin dapat aku repeat walaupun aku akan pergi ke tempat yang sama dengan orang yang sama. So, aku sarankan kalau korang travel tempat memahal gini, janganlah duk pikir masalah yang melanda macam Jiwa Kacau lah, boss gelabah la, kawan opis ngarut laaa dan macam-macam lagi. Kalau nak pikir jugak, can you just pujuk hati dan otak anda, cakap gini, nak sampai kat negara nie semua, kene darab 4 tau.. Mahal hokey currency nak sampai sini. Dengan itu, adalah diharamkan untuk memikirkan tentang benda tak berguna itu.. Actually, tanpa sedar tu, makanan pun dah settled. Sedap tau makan kat sini. Harga pun takde la mahal nau. Average. View letops! So, kalau korang pun acah-acah nak makan besar kat Istanbul, bolehlahhh datang sini – Konak Restaurant.
Bayar bil dan kami teruskan berjalan sebab nak gi beli baju and bag yang dah aku survey tengahari tadi. Hari pu dah malam. Bila aku keluar je, tetiba aku nampak orang ramai gileeeeee. Mungkin ada Mega Sale memalam ni. Tapiiii… Macam tak. Kenapa ada polis siap bawak riffle ni? Dan orang ramai semua pakai baju hijau siap bawak bendera. Ini macam rusuhan kaum ni. Dorang dah tutup jalan kaw-kaw. Penuh dengan manusia. Ada macam ceramah dan dorang pun bersuara sekali setiap kali yang bagi ceramah tu menjerit-jerit. Mula-mula tu macam nak redah tapi macam bahaya pulak wey.
Ada jugak aku tanyakan pada waiter baklava kat tepi tu, die cakap tak bahaya mana. Kalau nak redah jugak bolehhh. Ni cuma cam tunjuk perasaan dengan Duta Russia je. Tapi aku cuak jugak nak redah sebab kalau dorang ni lepaskan tembakan, mau bersepai orang berlari lintang pukang. At least dorang tahu mana nak lari. Yang aku? Nak lari gi Paroi? Memang tak dapatlah woiiii… Dengan itu, aku pun batalkan niat nak beli belah. Tapi kiteorang pergi satu kedai baju souvenirs untuk habiskan lira yang ado. Sempatlah rembat 2-3 helai baju untuk dibawa balik ke Malaysia. At least ada something kannn…
Kami teruskan berjalan pulang ke hostel dengan berjalan kaki. Malam terakhir di Istanbul. Esok flight tengahari. Segala airport transfer aku dah booked dengan reception. Baru 30lira sajok. Better amik airport transfer gitu dari turun naik tram segala. Renyah! Bila sampai di hostel, kami packing barang dan siap-siap segala barang supaya takde benda yang tertinggal. Esok plan nak beli Baklava pepagi jam 8am. Kalau boleh nak bangun awal sikit then terus gi Spice Bazaar. Tido lena dalam hostel 10 orang full.
Bangun pagi dan terus ke Spice Bazaar. Borong Baklava dan beli keychain segala. Balik dari pasar tu, kiteorang terus balik hostel. Makan breakfast Turkey dan rehat sebentar kat dining area. Bila van sampai je, kami terus naik van, ucapkan selamat segalanya kepada abang-abang Turkey di Cheers Hostel. Pasti rinduu tau. Naik je van, terus menggila driver tu bawak. Kutip semua orang yang ada dan dibawa terus ke Ataturk Airport. Check in segala. Flight delayed 30 minit. Dan bila gate dibuka selepas tu, Etihad terus membawa aku ke Abu Dhabi jam 8pm.
Rehat-rehat di airport Abu Dhabi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Beratnya hati nak balik Malaysia. Rasa nak make time stay. Sambil tunggu flight tu, sempat gak browse balik gambar-gambar sepanjang trip. Awesome feeling. Dari jam 8pm tu kiteorang lepak-lepak untuk tunggu flight jam 01.05am. Naik flight dan terus ke Kuala Lumpur. Jam 1305 aku tiba di KLIA. Dengan itu tamatlah sudah ceritera trip aku ke bumi Eropah selama sebulan. Perjalanan yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Tuhan tutup satu pintu dan berikan satu pengalaman yang terlalu indah ini. Alhamdulillah dan terima kasih atas doa kalian semua termasuk keluarga dan sahabat handai. Cinta kepada anda semua sampai bila-bila. Will keep you posted on tips and budget pulak. Till then, wait for my next entry!
Seriously,sayu baca post last ni sbb pernah rasa travel ke turki smpai xnak balik..ingatkan sekali ke turki sudah ckp tapi hati meronta2 nak kembali ke sana..insyaallah bkal realisasikan apa yang hati ini mahukan. Kak pora bab bajet tu mmg ditunggu2 tuh.
Saya pun rasa sayu bila nak tinggalkan Istanbul walaupun many challenging incidents to get there and within Istanbul itself. 🙂 Bila drive depan local drivers yang memang tak menyabar, kita sendiri rasa istighfar istighfar. Dengan GPS tak cover Turkey, sobs sobbs mencari wifi nak connect waze. Haha. Adegan sesat mencari hostel.
But Istanbul managed to bring me back to appreciate the Islamic surroundings. Bila mana azan sahut-sahutan. Nak solat di Masjid, berlambak dipersilakan. Makanan halal everywhere. I'm studying in Czech, by the way. So, nak dapat all that things memang tak dapat. T_T
Terima kasih Hafizah Ayu.
Yes, Turkey ada sesuatu macam love hate relationship gitu.
Budget sudah hupdate 🙂
Hi Hanis Amanina. Thanks for reading.
Yups, azan kat sana memang macam non-stop bersahut-sahutan. Something yang sangat unique.
Czech susah kan nak dapat environment camtu. Anyway study baik-baik. Make your family proud 🙂
calm ending…. 🙂
anyway we're in the same shoes….jobless yet keep on travelling despite typhoon and theft experienced while in gold rain at other people country 🙂