Bila bercakap tentang Langkawi, pasti ramai yang akan terkenang betapa murahnya coklat Daim, Whitetakers atau pun periuk-periuk Haji Ismail. Eh? Cik Pora ni makin berusia makin suka periuk ke apa? Ahaks!!! Tapi sejujurnya bila Cik Pora berkesempatan ke sana pada bulan lepas dan memang sis akui, murahhh gileee. Hahah! Boleh dah sign up group hakak-hakak ke Pulau Langkawi uols.
Masih aku ingat kali terakhir jejakkan kaki di Pulau Langkawi adalah pada tahun 2003, ketika zaman tido tumpang asrama kat Perlis. Yelah nak tido kat Langkawi, cikgu takde budget. Cik Pora? Lagilah ajet-ajet. So, bermalam lah kami di asrama teknik untuk mandi dan tido atas katil asrama. Jadi, bila diberikan rezeki untuk mengembara ke Pulau Langkawi pada bulan lepas, haruslah Cik Pora excited.
Namun, sesuatu yang aku pelajari kalau nak ke Langkawi, you have to book in advance when it clashed with school/ public holidays. Disebabkan aku pergi pada musim cuti sekolah, pilihan penginapan sangatlah limited dan harus cargas book semua secepat mungkin. Dan rejeki Cik Pora serta rakan-rakan menjelma apabila Ombak Villa Langkawi antara hotel yang masih available pada harga yang sangat berpatutan.
Melangkah masuk ke dalam kawasan Ombak Villa sememangnya boleh buat anda rasa ‘roh-roh’ mewah tu. Biasalah, selama ni saya hanya tinggal di penginapan backpackers sahaja. Tapi bila dapat merasa tempat 4 star ni, fuhhh, sis feeling habis. Okay, takmau bebel panjang-panjang, meh sini Cik Pora cite sikit tentang Ombak Villa Langkawi yang sememangnya terbaik :
Welcome to Ombak Villa
Tersergam indah
The buggy and lobby
Jom check in
Ombak Villa Langkawi menyajikan reka bentuk villa berunsurkan konsep Melayu tradisional yang turut menerapkan unsur moden untuk interior bilik mereka. Untuk ke suite anda, akan ada buggy yang membantu menghantar anda ke suite selepas urusan check in selesai. Suite yang Cik Pora duduk ada 3 tingkat, so tiada lift pun disediakan, naik tangga sajok. Keluasan bilik mereka memang Cik Pora sendiri pun rasa luas habis. Kalau Ombak Suite macam Cik Pora duduk tu, boleh je masuk 3orang. Ada disediakan 1 Queen bed and 1 Single bed. Kalau malam ni nak tido macam queen, pergi sajok katil queen, kalau esok nak rasa single and lonely, ke Single Bed lah kita 🙂
                                     Ye encik, boleh hantarkan ke bilik kami?
                                             Ke Bayu Restaurant
 Yang terhias di atas meja
All mine 🙂
Spacious kan?
Selesaaaa woi
Random
Di setiap bilik ada disediakan balkoni yang memberikan anda view laut pulau Langkawi yang terbentang luas. Indah. Itulah aktiviti Cik Pora setiap petang sebelum Maghrib. Layan view dari bilik sahaja. Terkadang tu terdetik, mungkin kalau suatu hari nanti Cik Pora dah ready nak tulis buku, ini mungkin antara tempat yang boleh melahirkan idea-idea bernas, Insyallah 🙂
Dari balkoni #cikpora
Setiap bilik mandi ada disediakan tab mandi dan kelengkapan mandian percuma. TV dilengkapi dengan channel ASTRO juga turut menjadi santapan Cik Pora ketika di sini. Kalau rasa nak keluar dari bilik, Ombak Villa ada menyediakan kemudahan gym, kolam renang, spa, sudut permainan kanak-kanak, restoran dan juga kemudahan BBQ. Semuanya memang lengkap. Kiranya, kalau anda perlukan short getaway untuk lari sebentar dari hustle bustle in the city, this is the BEST place. Memang Cik Pora recommend 🙂
Nak bilik air gini bila dah ada rumah nanti
Paling berkenan tempat towel die tauuu
Fefeling Britney Spears di Langkawi. Mampu?
Favorite tempat solek
Gym lover
Adults or kids? Ada 2 kolam untuk anda 🙂
Buat yang nak berbasikal
Nak luaskan pengalaman anda di Langkawi? Book saja tour yang ada
Jangan tak tahu, setiap pagi, Cik Pora akan menyarung sneakers dan ber-jongging di sekitar resort. Inilah masa untuk kita hirup udara yang segar di Langkawi. Since lokasi resort ini berada antara Kampung Padang Matsirat dan airport Langkawi, aku tak lepaskan peluang untuk jogging dan explore luar kawasan resort ini. Maka, 6km one way lah jawabnya setiap pagi. Nampaknya, Cik Pora ada activity baru lah setiap kali travel.
Untuk yang nak book Ombak Villa ni, korang mesti akan refer booking.com atau pun AGODA, pasti korang akan tengok review dari beberapa traveler yang lain. Kebanyakkan dari mereka akan tulis review yang kurang memberansangkan. Nak tahu sebab apa?
Ombak Villa ni ada 2 jenis :
1. Water Village
2. Landed resort
Water Village tu hanya ada beberapa unit sahaja dan semuanya adalah dikendalikan di bawah management yang berbeza dengan Ombak Villa. Tapi, ianya berkongsi booking channel yang sama di bawah booking.com. That’s why bila guest yang pernah stay kat situ akan tinggalkan review yang tak best.
 Dari lobby Ombak Villa, kelihatan Water Village
Kalau Cik Pora, haruslah Cik Pora bagi 4 bintang buat Ombak Villa Resort. Memang facilities yang terbaik dan sesuai untuk yang sukakan privacy bertaraf antarabangsa. Love 🙂
Okaylah, Cik Pora tinggalkan anda dengan contact details. Jika ada rezeki ke Langkawi, bolehlah duduk di sini ya :
Ombak Villa Langkawi
Lot 78 Jalan Kuala Muda, Padang Matsirat, 07100 Kampung Padang Masirat, Malaysia
Langkawi sedang menanti anda, book cepat sebelum terlambat :
dah lama dah plan nak sampai sini, tapi tah bila tah nak sampai. walhal dari kampung nak ke langkawi dalam 1jam je. hahahaha
Apa lagi, nanti balik kampung please datang sini.
Ombak Villa memang best. Tak rugi 1 jam awak untuk datang explore hehe