Hari seterusnya, kami semua bangun pagi dan breakfast beramai-ramai sebelum bersama-sama menggegarkan wilayah Gulmarg. Tempat ski yang menjadi idaman ramai especially orang Malaysia. Maklumlah negara kita mana ada salji, apa tah lagi nak main ski di pergunungan cam Gulmarg. Umpama mimpi dalam mimpi ye. Ahaks!
Sedikit fakta tentang Gulmarg :
- Gulmarg bermaksud – Meadow of Flowers. Ini adalah kerana di sini banyak bunga-bunga liar yang tumbuh. Cantik especially pada musim panas di Kashmir.
- Gondola di Gulmarg ini dibina oleh kerajaan Jammu & Kashmir dengan kerjasama syarikat France
- Ianya terbahagi kepada phase 1, 2 & 3 :
- (Phase 1) Gulmarg to Kungdoori
- (Phase 2) Kungdoori to Apparwath
- (Phase 3) Kungdoori to Mary Shoulder [Chair Lift]
- Gondola Tickets are available online at ( www.gulmarggondola.com)
Gulmarg ini adalah wilayah yang terletak paling hampir dengan sempadan negara Pakistan. Sewaktu kami nak masuk ke jalan utama tu, van kami terpaksa berhenti seketika untuk tunggu police settlekan isu baling batu oleh penduduk kat situ. Haaaa…Perkara ini nampak macam asing di negara kita. Tapi kat sini, benda gini memang agak normal.
Cuma bila kita datang sebagai tourist, of course mereka extra careful sikit. Yelah, kalau jadi apa-apa siapa yang susah nanti? Negara mereka juga yang effect. Maka, bersidailah kami di tepi jalan demi-mu Gulmarg. Dapatlah berposing secara kreatif untuk kill time. Mujurlah semuanya pun kepala masuk ayaq. Ada je benda nak sembang sama-sama. Meriah journey ke Gulmarg kami.
Pagi di Dal Lake yang indah
Bergambar di sempadan Pakistan dek kerana isu baling batu
Ini baru rare, duk panjat atas tempo sambil layan view gunung bersalut salji
Singgah sebentar di restoran untuk pekena Kahwa Tea yang wow sangat. Wajib cuba bila musim sejuk nie!
Jika kaum wanita stay di dalam, persatuan lelaki-lelaki ambil bahagian duduk di luar
Bila kaum hawa dihidangkan dengan Kahwa Tea dan yang menghidangnya buat Kak Cah takeruan *ahaks*
Okay, bila dah sampai di Tanmarg, adalah disarankan untuk korang hire guide dari bawah. Kelak kamu akan ditipu bila kat atas. Bukanlah tipu sampai muflis pun, tapi kenalah berhati-hati. Jadi, kami sempat hire sorang guide, sewa baju dan boot untuk berjimba sakan di Gulmarg. Walaupun tak sejuk mana, tapi eloklah sewa segala benda ni. Kalau jatuh tatkala bermain salju, takdelah kotor sangat baju tu. Bila semua dah siap dengan #ootd masing-masing, kami teruskan perjalanan. Tak lama lepas tu, kami tiba di Gulmarg yang dinanti.
Selfie sikit
Pit stop pertama untuk lihat view Hilmalaya
Posing dulu dengan #teambawang kami
Jemaah dah cukup, seronok dan tasabar hokey
Bila dah sampai tu, anda harus catwalk sikit and beli tiket untuk naik gondola. Harga – Rs.740/ pax. Itu untuk naik ke Phase 1. Kalau nak lanjut ke Phase 2, hanya Rs.960 sahaja korang perlu tambah. Untuk yang nak bermain ski, korang boleh bargain harga yang terbaik untuk pengalaman ber-ski di Gulmarg. Bila lagi nak merasa? Kalau nak tunggu Switzerland, alamatnya kena tunggu Swiss Franc kepok-kepok dulu jawabnya. Apa-apa pun, dengan kuasa Rupee pun, anda bisa meraih kegirangan itu di Gulmarg.
Masing-masing dah ready mengenakan busana Gulmarg mereka
Ke manakah destinasi kita?
Mari catwalk pelan-pelan
Harus beratur untuk naik gondola
Hati-hati tau
Tiket gondola kami dengan info tentang ketinggian Phase 1 – 14,000ft
Yayyy, finally dalam gondola
Seronok pergi time ni, kat bawah hijau bila makin tinggi semuanya hampir putih
Sisa-sisa salji masih ada
Alhamdulillah sampai juga di Gulmarg untuk pertama kalinya
And with him 🙂
Cantiknyaaaa Gulmarg ni, terujaaaaa!
Meriah macam Jom Heboh dah kat sini
Mencuba bermain ski untuk pertama kalinya dalam hidup. Ya ampun! Seronokkkkkkkkkkk serioussss tatipu
Ahli jemaah yang lain pun teruja sakan tu. First time ber-ski tau!
Kena belajar pelan-pelan, dilarang rakus
Okay bila dah pandai, kita beratur main lumba-lumba pulak jom
Jom kita, tunjukkan kehebatan anak Melayu di bumi Kashmir
Bila instructor gym pun beraksi di Gulmarg
Yang nak makan ABC free pun ad0. Sejenis perangai nie.
Haih the view, cantik nau
Cik Pora dan view indah ini. #ootd sikit
Oh the view tepi gondola je tau
Fuh, bila Sis Fizah posing, umpama Che Ta okay!
Majestic view of Phase 2
Perangai orang Malaysia buat ABC Choki Choki kat Phase 2 Gulmarg
Yang ini pulak time nak balik, ala-ala pandang belakang sebelum bye-bye
Habis sakan bermain salji di Gulmarg, kami bergegas pulang ke Srinagar. Sempat singgah makan briyani. Wajib. Sebab lapar. Then, kami pulang terus ke houseboat. Gulmarg memang best. Rugi tau kalau tak pergi. View die sangat awesome. Especially Phase 2. Memang sampai menggigit Choki Choki la bila sampai kat atas. Berbaloi sangat.
To end our trip in Gulmarg, abam Rizal belanja ais krim MANGO yang wow!
Mari kita lunch di restoran dulu sebelum pulang ke houseboat
——————————————————————————————————————————–
Untuk yang masih mencari travel buddies ke Kashmir, jom kite! Korang boleh date mana yang sesuai untuk kite sama-sama backpacking ke Kashmir. Anda juga boleh layari www.travelkemanakita.com untuk info lanjut.
25 Julai – 1 Ogos 2018 (Limited seats)
17 -24 October 2018
21- 27 Feb 2019
7 – 13 March 2019
21 – 27 March 2019
3 – 10 April 2019
Salam. Just nak tanya opinion, kalau nak ke kashmir, winter or spring or autumn yang paling worth it the trip? Kalau winter, the whole place dekat kashmir sejuk ke certain place like sonamarg tu je yang sejuk? Thanks in advance!
Wasalam, the whole place mmg akan sejuk pun 🙂