Wake up to the view of … Lambakan Wallabies di tepi motel kami yang sedang sedap duk kunyah rumput. Wallaby ni adalah termasuk dalam family kangaroo jugak sebenarnya tapi sejenis kerdil sedikit daripada kangaroo. Haiwan ini boleh ditemui di Australia, New Zealand dan UK. Tapi paling banyak kat Australia. Ianya sejenis herbivor yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tidak berikan makanan yang bukan berasaskan tumbuh-tumbuhan ya. Sebab kepupusan species wallaby ini quite high tau. Jadi, sama-samalah kita jaga sejenis species wallaby ini okay?
Good morning, sibuk nampak?
Pagi tu lepas breakfast, kami terus check out and bergerak terus menuju ke Osborne Helicopter Port. Jam 11am tu, kereta kami terus memecut selow-selow sambil nikmati view letops di keliling kami. Nervous sebenarnya. First time nak naik helicopter kekdahnya. Selalunya naik RapidKL jew. Harinie kita ubah sikit angin, naik helicopter uols. Sampai di tempat yang dijanjikan, kami pun terus buat pembayaran kepada abam pilot yang memang dah menanti kehadiran gegadis Malaya. Excited dia nak bawak kami ronda-ronda tengok view kat sini. Kami diberikan taklimat keselamatan dan juga do’s and don’ts sepanjang berada dalam heli.
Harini hati kita berbulu, jadi kita pakai jaket bulus-bulus
With the girls at Port Arthur Historic Site
Bila dapat wifi memasing, lantaklah view depan cam Britney Spears pon
Bila dah dengar safety briefing from our captain, snap wefie sekeping and let’s enjoy the ride
Untuk co-pilot which is ehem… yours truly la kan… Siapa lagi. Cik Pora korang ni memang dari mula nak duduk depan, mujurlah yang lain seram-seram sejuk untuk berada di langit, jadi secara sukarelanya, akulah yang paling excited nak duduk depan. Saja nak merasa camne feeling bawak heli. Walaupun hanya satu button je dibenarkan untuk sentuh (iaitu button untuk communicate dengan geng bawang I di belakang), aku memang tak berani ye. Dahlah semua button tu hampir sama, buatnya terpicit button reverse waktu tengah fly, tak ke mencanak heli ni mengundur. Oh tepuk dahi untuk imagine semua itu!
Selepas semuanya masuk ke dalam heli, semua harus pakai earphone, duklah main picit button untuk bercakap dalam heli. Fuh, riuh ye duk gelak-gelak. Sejurus selepas heli mula berlepas, sorang pun tak berani nak bercakap. Aku memang gelak je tengok verangai memasing. Comel sangat! Saat helicopter kami dah mula take off ke langit tinggi, waktu tu memang tak dapat nak gambarkan view yang aku nampak. Ya ampun, cantiknyaaaaaaa! Memang cantik kalau dilihat daripada atas sebab kami nampak overall view.
Ala-ala private heli siap dengan porch bag lagi. Eh porch bag tu life jacket ye
Final briefing before we take off by our pilot
And your co-pilot is ready to fly
Team duduk belakang pulak dah ready ke? Muka excited, ada yang sampai atas, kepala pusing, perut sakit semua siap
Okay we’re so ready, banyaknya button tu
Port Arthur Historic Site – aerial view
Look at the view, segala cape yang ada
Tengok view ke tidur tu Cik Pora?
Cantiknyaaaaaaaa
Tips : Korang juga boleh naik cruise 3 jam untuk explorasi melihat keindahan Cape Huay ataupun Cape Roaul. Depends on your budget, it’s your choice!
Mendarat je kami ke Osborne Helipad, rata-rata dari kami semua pening kepala. So, lepak duduk sekejap. Then, baru kami gerak menuju ke Launceston pulak. Sepanjang perjalanan, cuaca memang baik. Panas dan berangin. Sampai di Launceston, kami check in apartment kami, top up groceries kat Coles and balik apartment untuk masakkkkk. Petang tu sempat juga jalan-jalan di area Launceston tau. Pagi tu pun kami sempat brisk walking kat tepi apartment kami. Memang cantik tau nature kat Launceston ni, cuma pagi tu gerimis sikit, tapi kami gigihkan jugak untuk berjalan sambil menikmati keindahan bumi di sini. Compared to port Arthur, sini lebih meriah. Ramai orang dan mengingatkan aku kepada bandar Dunedin. Takdelah sepi sepi sendu katanyaaa…
Singgah pasar ikan tapi tutup puleks
To Launceston we go
Restock barang dapur
Dah sampai dah, tengoklah so called extreme park dia tu, bestnya
Sejuk giler time ni
Oh Cataract Gorge
Bie marah lambat snap hehe
Dah jom balik
Esoknya Ecah rasmikan dulu Cataract Gorge ni
Jom kita explore
Masing-masing amik port nak photoshoot
Thanks adikku Bie tolong snapkan
Bestie kitewwww
Selepas Launceston, kami berpindah pula ke bandar Hobart. Kat sini lagi meriah tau. Kiteorang tak terus check in tapi bergegas cargas ke Mount Wellington. Terus teringat kat uncle Uber tu cakap, you should go to Mount Wellington on Sunday, there will be a snow! Maka, hari Ahad yang kami nantikan pun tiba. Dengan pemanduan yang berhemah kami pun tiba di Mount Wellington, tapi jalan nak naik ke atas tu tutup la pulaks. Sementara tunggu tu, kami toilet break dulu. Sempat juga tanya polis yang jaga kat situ, memang tutup forever ke apa?
Pilot dah mulakan tugas demi sesuap nasik
Rupanya tutup beberapa minit sahaja sebab salji tebal kat atas, so kalau nak drive agak bahaya. Jadi, dorang tengah bersihkan jalan. Tak lama lepas tu, jalan pun terbuka luas untuk kami pecut bawak kereta terus naik ke atas. Bila sampai je kat parking, terus rasa excited tahap dewa ya, sebab nampak banyak gila salji di atas jalan. Wahhhhhhhh!!! Seronoknyaaaa… kami park kereta and siapkan diri dengan kelengkapan baju sejuk bagai. Ya Allah, bestnya weather camni. Kami mulakan walking activity kami terus sampai ke atas. Lama jugak ya nak sampai kat atas tu. Sebabnya on the way tu, sempat ber-snowfight dengan strangers pun kiteorang bantai sekali.
Check in Mt. Wellington
Bila jalan dah bukak, masing-masing catwalk persis retis
Snap sikit
Moh kita catwalk berjemaah
Dah nampak snowman tu, dah tahu laaaa apa akan jadi. Yay to Mt.Wellington
Jalan pelan-pelan gais, licin tuu
Pilot kami pun nak gak beraksi
Ecah dengan aksi main saljinya
Bie pun dapat jugak
Eh Kak Mah pun ade
Memang fun habislah. Bila kiteorang dah tak larat sebab makin lama makin sejuk, kami turun balik ke area parking. Waktu on the way tu, tetiba je hujan salji turun dengan lebatnyaaaaaa. Sumpah lebat sangat-sangat. Yang kami nampak tempat ni jadi putih je. Kalau mat saleh depan kami pun happy sakan, korang boleh bayangkan tak kiteorang anak-anak Malaya ni camne pulak. Excited lagilah lain maciam kan. Terkinja sakan sambil mengabadikan memori indah bermain salji gitu.
Dah habis kisah salji di Mt Wellington, kami teruskan perjalanan ke guesthouse malam ni. Check in dan berehat sebentar. Makan apa-apa yang patut dan terus keluar untuk nikmati suasana malam di Hobart City sambil makan fish N chips pulak. Ya ampun, makan tepi jetty dengan lampu lip lap lip lap kat sini, memang best sangat. Rasa cam balik kampung sendiri ye. Okay itu one thing, tepi jeti ni pulak yang paling rare nya adalah, bila ada anjing laut yang duduk di area restaurant ini. Dia memang mengganas la citenya. Duk mintak ikan je kat promoter yang ada, aku takut satu je. Dengan berat dia yang bertan-tan tu, buatnya dia libas kedai nie, terbalik dok. Okay, sis harus larik dulu.
Malam kita jalan kat Hobart city pulak
Fish and chips for dinner. Orange juice sponsored by owner
Dapur dia pun letops
Mengejar aurora, terjumpa pulak colleague, jauh betul company trip kami
Good morning from Hobart City
Breakfast yang yums. I can survive with cereals and bread, okay sangat for me
Kenangan indah di Hobart
1 malam di Hobart, kemudian kami fly pulang ke Melbourne. Jalan-jalan di Melbourne, oh menggamit memori sangat kalau ke Melbourne ni. Rindunya zaman pakai baju macam team Pinay, time tu aku rasa, aku lah paling letops kat Melbourne. Tapi, bila tengok diri sendiri, rasa nak bisik pelan-pelan, “Kenapalah kau berpakaian begini manusia woi?”. LOL. Lupakan kisah silam *flip tudung*, sekarang ni kita nak explore bumi Melbourne. Banyak gak tempat kami cover walau dalam beberapa jam itu. So korang boleh layan lah gambar kami kat bawah :
From Hobart to Melbourne, thanks to Qantas yang membawa kami secara berbayar
Dalam train to Flinders Station
Lulzzz, berjangkit jugak ke?
Oh Brighton Beach Koala bear pun ada
Konsep : Sayang sampai menutup mata
Just the four of us
Singgah lunch kat Nando’s Melbourne
Sedap sekali
Look at the giant rainbow there. Spotted at Melbourne CBD before we say goodbye!
Okay kami dah ready nak pulang
Touched down KLIA, moh collect bagasi besar kami siap dengan kiwi and berries
Selesai sudah tugasan membawa 3 gadis ke bumi Tasmania buat pertama kalinya. Memang kenangan terindah dapat discover pelusuk Australia yang ini. Luar biasa sunyi tapi nyaman. Untuk yang inginkan kedamaian, inilah tempat yang anda patut terjah. Untuk yang takde geng nak discover Tasmania, jom kita sama-sama mengembara ke sini untuk lihat keindahan alam. Open trip dari Travelkemana untuk ke Tasmania secara budget dah keluar. Untuk kali ini, kita try our luck (another round) for Aurora Australis, mari!
Travel ke Tasmania dengan Travelkemana
Date : 1 – 7 Sept 2020 / 15 – 21 September 2020
Limited untuk 10 orang buddies sahaja