Budget Trip ke Kunming, China

Aku dan China, love hate yang memang never-ending. Dulu lepas balik Beijing tahun 2012, nekad I don’t want to go to China again. Reason – Waktu tu sejuk dia memang extreme sangat sampai kaki semua freeze. Kejung. Disebabkan itu juga, aku tak prefer untuk travel waktu winter even ke negara lain pun. Nampak tak betapa trip China aku tinggalkan kesan yang mendalam lagi bermakna?

Tapi, dalam serik tu, 2015 aku booked juga tiket ke China, cancelled sebab baru dapat kerja time tu. And in 2018, akhirnya aku ke China sekali lagi bersama dengan geng asrama aku untuk menerokai bumi China yang aku rasa makin canggih dari negara-negara yang aku pernah pergi. 

Sangkaan aku tepat. Memang canggih dari segi teknologi dan penggunaan mobile, e-wallet dorang, fuh, jual buah kat pasar pun pakai WeChat Pay. Baru berapa tahun tak sembah ratu, terus berubah China. Pantas betul the way they think. Tak sempat nak kejar.

Anyway, disebabkan itu jugalah aku bertapak kembali ke bumi China. Kali ini aku memilih Kunming, di mana ianya merupakan pintu masuk untuk aku ke Lijiang, sebuah bandar yang masih mengekalkan elemen zaman dahulu kala di setiap senibina yang ada. Korang dah ready dengan kudap-kudapan and air sirap (macam kenduri ye) untuk layan cerita aku? Jom kita mulakan pengembaraan Cik Pora ke Kunming.

Tiket kami bertiga hanya dibeli beberapa bulan sahaja sebelum berlepas dengan harga promo yang boleh tahan murah. Mampulah untuk kami yang sekadar nak explore bersama-sama katanya. Aku, Niza & Azie, kami kawan satu sekolah. Hanya rapat dengan Niza je, tapi bila dah kerja semua memang terpisah jauh. Entah macamane, boleh pulak travel sekali. Haaa, nampak tak kuasa bila travel, dari non-rapat terus jadi rapat sampai ketat ye. 

Buat masa sekarang the only airlines yang terbang direct dari KL mahupun Kota Kinabalu hanyalah AirAsia. Nak jadikan cite, perjalanan 5 jam ke sana, memang penuh dengan bangsa Mainland. Mereka ini masih macam dulu. Tak kiralah kat pasar bayar pakai AliPay atau Wechat Pay pun, mereka tetap dengan identiti yang aku rasa dari jauh korang akan kenal je.

Dalam flight tu kiranya, kami jelah yang bertudung. Cabin crew Malaysia memang layan kami baik punya sebab kami je boleh cakap Melayu pun. Flight tak full, jadi baringlah hilangkan sakit pinggang. Bukan senang, travel tatkala pregnant for the first time. Kita tak tahu apa yang nak expect. Mujurlah aku takde morning sickness yang melampau. Tapi, aku ada perangai bila sampai kat China. Haaa. nanti aku cerita kat korang. Memang sejenis pembawakkan yang unik sejurus mendarat di bumi Tionghua ini.

Kami tiba di airport Kunming yang boleh tahan gah dan besar. Disambut mesra oleh shuttle hotel walaupun dah tengah malam sebenarnya. Itik ayam, angsa kongkang lah kami duk bercakap bahasa masing-masing. Yang penting, sendiri paham tujuan kami adalah nak ke hotel, mandi and tidur. Itu sahaja.

 Asal boleh aje mengeja nama aku

Masuk ke dalam van, kami lalu di highway yang lengang dan lapang. Bersih. Then kami dipandu pula ke deretan kedai dengan signboard LED yang terang benderang. Kalau kat KL, memang kita akan tengok suasana gini time nak raya je. Tapi kat China, hari-hari dapat tengok. Sumpah meriah, tapi ciri-ciri mainland tu tetapppp.

Van berhenti, kami turunkan barang dan terus menuju ke lobi. Tunggu juga kelibat receptionist…. Rupanya yang driver tadi tulah receptionist, dia lah yang angkut bag, dia jugaklah segalanya. Memang all-in-one, tapau semua. Jimatnya orang China neyyy! 

Dapat bilik, bersihkan diri terus boommmm. Yang lain pun sama, penattt! Hotel kami di Kunming ini hanyalah transit sahaja. Tidor satu malam and esok check out untuk explorasi seterusnya.

Bangun pagi, cari taxi sebab nak cari masjid then seterusnya ke train station untuk beli tiket ke Lijiang. Nampak macam hari yang panjang kan? Tapi kami make it slow and steady. Apa-apa pun, dulukan masjid sebab nak cari makanan halal. 

 Inilah survival kit kami bila ada di China, telefon yang ‘bercakap’

 Tengah sibuk check jalan, yang belakang sempat

Tips : Untuk yang nak ke China, siap-siap install VPN ye dalam phone. Lagi satu, install voice translator tu jugak. Memang penting!

Untuk travel kali nie, aku bawak luggage dan small backpack. Sebab aku tak berani nak bawa berat-berat. Risiko time mengandung kan. Mujurlah kawan-kawan yang travel kalinie sado-sado. Rezeki baby nampaknya. Mereka yang tolong aku especially time usung luggage turun naik tangga.

Ya ampun, bersalah rasanya. Tapi sangatlah berjasa dengan dorang berdua ini – Niza & Azie. Terima kasih uols, sayang korang! Kami tiba di Yongning Mosque dalam 30 minit kemudian. Elok pulak kena naik tangga untuk ke restoran dan bahagian masjid, memang urut dada la masing-masing. 

Waktu kami sampai tu, memang time orang tengah sibuk makan, dorang lunch awal kot. So, aku chop tempat, yang lain survey makanan kat kedai yang ala-ala food court tu tau. Asalnya aku yang gi survey, tapi baru nak masuk tengok lauk, aku dah nak muntah. Sejenis hanyir yang tak tercapai. Inilah perangai pelik yang aku cakap tu.

Aku tekup mulut terus rasa loya ya’amat woi. Umpama ikan basi sumbat banyak-banyak dalam mulut tau. Fuh, aku surrender, patah balik, berserah je kat kawan-kawan aku untuk tolong belikan apa yang dorang rasa okay. Sampai je makanan, kuis kuis then aku jamah nasik je. Kehidupan aku first day di China dah macam sedeeeeeh. Semua makanan nampak hanyir. Pembawakkan yang aku tak pernah faham.

 Moh kite ke masjid geng

 Posing sandar sikit

 Apa yang ada dalam food court tu?

 Santapan pertama kami di Kunming

Kami naik ke masjid yang terletak di tingkat atas. Amik wudhu, solat then rehat siap tidor sebelum kami ambil taxi untuk ke stesen keretapi. Senang bila travel bertiga and guna public transport, memang taxi ni ngam-ngam je muat kami and bag. 

 Suasana masjid di Kunming, siap ada kelas agama

 Walaupun dalam percutian tajaan sendiri, tetap tak lupa jadi ambassador minyak angin bawa dari tanahair

 One last glance before bon voyage

 Mari kita angkut apa yang boleh turun tangga

Sampai di railway station, kami terus cari kaunter beli tiket. Semua tu aku dah study siap-siap. Supaya tak kalut. Schedule untuk train pun memang dah tengok awal-awal, yelah, mana aku reti baca pulak tulisan dorang kan. Better research awal-awal. 

 Hello railway station yang macam Marina Bay Singapore

 Mari membeli tiket

 Comelnyaa lahai

China being China. Security dorang tetap tight habis. Even dengan rakyat berbillion-billion dorang ni. Nak masuk train station kena scan dulu. Untuk trip China ni, aku ada bawak susu tepung tau. Sebab nak satukan semua makanan dalam satu bag, aku letak lah susu tu dalam bag ‘peti ais’ kiteorang.

Yang si Niza ni memang dari sekolah lagi dia memang jalan lurus ke Syurga sangat. Dia siap suh aku cakap betul-betul, susu ke dadah? Aku memang malas nak layan. Badan macam ibu Hetty Koes Endang ada pulak nak mengisap bagai. Choy tau! Aku memang penat cakap, itu susu tau. Kena minum hari-hari untuk tumbesaran baby itewww kot

Penat explain tapi harapannn… Bila dia lalu security scanner di railway, beliau kena tahan hokey. Aku memang dah lepas. Sekali dia pulak sangkut. Dia siap cakap kat aku, memang susu Pooya la ni. Tetap tau. Dia kena scan sekali lagi then bukak bag. Pulak. Aku dah bersidai dah tunggu dia kat depan security, in case papehal. Kak Long Gadut turun lah. 

Check punya check, sekali kene rampas gunting. Haiyooo… Punyalah aku nervous ingat susu aku yang tak lepas rupanya ada pulak nak buat aktiviti motong-motong kat Kunming. Keles senyap-senyap eh. Gunting apa tu kak? Hahah! Memang bersepai lah sorang-sorang gelak. Punyalah ingat aku ni keldai. Tabaik tau. Ingat keldai bawak dadah je ke? Ini keldai susu tepung tau. Kita travel guna duit halal toyibban tau wak. 

p/s : Susu yang kecoh habis kat China ini sebenarnya susu Anmum tu. Bila aku balik, baru aku tahu sebenarnya yang aku sangkakan susu Anmum tu adalah susu Opah aku woi. Susu tulang kuat dia, hadoi. Salah amik sebenarnya.

Usai segala check sana, check sini, kami pun menunggu di balai menunggu yang macam riuh-rendah dengan suara local people. Semua nak bercakap, pastu siapa nak dengar annnouncement. Memang dorang ni sejenis loud. Pastu ada disediakan pipe air panas untuk dorang makan mi segera dalam cup. Hanya tuang then slurp slurp. Terliur tapi bila tengok dorang makan sambil cakap tu, terus cam, oceyyy!

Lama jugak kami lepak kat railway station. Dapat tahu platform dah buka, terus cepat-cepat beratur. Even ada yang tak reti nak Q, kita jangan nak bagi chance. Roh Mainland aku pun dah masuk tiba-tiba and sorry ahso sekalian, ketepi ya. Untuk train ride to Lijiang, Kami memang pilih soft sleeper untuk 4 orang. Space memang agak limited tapi takpelah, yang penting dapat tidur sepanjang 8 jam perjalanan. Kiranya macam hotel untuk kami tidur satu malam.

 Tiket dah beli, mari kita!

  Penyambut tetamu masuk ke dalam train

 Tadaaaaa…. Sempit-sempit la baru mesra 

Dalam bilik sempit ini jugalah kami tidur, solat, makan, gelak-gelak bagai, terjaga bila train tukar gerabak dan macam-macam lagi. Bila tiba di stesen Lijiang, subuh-subuh kami mencari taxi dan menuju ke hostel yang dah kami tempah. SInce aku duduk dalam Old Twon, taxi tak boleh hantar depan pintu. Menapaklah dengan bag tarik Akademi Fantasia kami. Mujur ada teman-teman yang baik hati tolong aku. Terima kasih tau tarikkan bag kita, sayang sampai kiamat.

 Tiba sudah di Lijiang, subuh hening menyambut kami

Mujur bilik yang aku tempah tu dah siap, so tak payah tunggu lama sangat. Masuk bilik, mandi and then siap-siap untuk jalan. Then cari mee tarik warisan Lijiang yang sedap. Memang jumpa satu je kedai kat situ. Maka, hari-hari lah kami duk makan kat situ sampai dah friend-friend dengan owner kedai. Dekat China, please install translator app. Itulah the only medium untuk kau bercakap pun. Thanks to technology, kalau tak, senyum-senyum, die gelak kau gelak. Padahal sepatah haram tak paham.

 Depan pintu kita posing dulu

 Nak peluk ke? 

 Favorite aku, harus check dulu kamar mandi nya

 Mudian, barulah kamar tidur nya pulak. Nyaman semua baru zzzzz

Okay, bila dah sampai di Old Town Lijiang, kami jalan-jalan di sekitar Old Town yang memang luas sangat. Ianya termasuk dalam list UNESCO World Heritage Site pada tahun 1997. Reka bentuk yang masih dikekalkan di sini, buatkan korang akan rasa, bestnya tempat nie. Apa-apa pun, bolehlah anda layan dulu gambar-gambar yang sempat kami ambil sepanjang berada kat sana :


Kami jadikan Old Town Lijiang sebagai base untuk kami ke sana ke mari. Banyak juga tempat yang kami nak cover. Lepas Lijiang, kami kembali ke Kunming dengan menaiki keretapi. Since kami kena check out jam 12, tunggu train jam 6petang. So, masa yang ada tu, kami lepak dekat hostel. mintak jugak nak tumpang solat kat area hostel tu, tak bagi ye. Padahal ada je bilik kosong. Tapi diharamkan untuk tumpang solat. Takpelah, kita hormat, tempat dia. 

 Lijiang train station

Jadi, kami pun terus ambil taxi, menuju ke railway station. Ha ini ada satu insiden yang memang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Ada tempat tersorok belakang kedai, jadilah nak buat port solat. Kami gilir-gilir, bentang poncho aku then pakai telekung. Aku yang last sekali solat. Elok je aku tahiyat akhir, baru nak doa, dah ade segerombolan pasukan polis  bersenjata belakang kami. Terus kena minta passport then kena tanya macam-macam. Dorang siap ambil gambar kami, siap snap gambar passport. Tanya soalan berulang kali. Aku dah tunjuk pun tiket keretapi yang kami nak ke Kunming, itu pun tak puas hati.

 Aturkan luggage and then pasang poncho sebagai alas sejadah kami

Pastu chow. Kami pun kemas poncho and telekung terus blah dari belakang kedai tu. Cari seat kat departure area sebab tak nak nampak cam bersalah sangat. Ingatkan dah lepas, sekali datang lagi, kalinie ramai. Adui, janganlah tangkap kami. Tak kesian ke kat wanita yang mengandung lagi kurang sihat, dengan seluar besar, bawa susu pack dalam bekas IKEA disangka barang terlarang ini? Kesianlah juga pada kawan-kawan aku yang mengusung bag dari Kota Bharu siap dengan sebungkus serunding daging sedap demi nak dapat chop imigresen China. Drama kan?

Dorang ni kan, tetap macam tak puas hati. Kalinie datang nak amik gambar kami pulak. Okay fine, memang aku pose macam bibir mengiurkan, yang Niza senyum manis, Azie pulak buat wajah persisi Cik Siti Wan Kembang. Lantak korang. Nak sangat. Padahal aku dah say sorry, banyak kali. Tetap nak juga check segala benda. Then, bila nak cakap, kami tak paham, dia lagi tak paham. Aku dah siap pesan kat kawan-kawan kalau dorang tanya apa-apa cakap je, We no speak English. Malay with Kelantanese accent only. pepandai lah dorang cari dalam Google translate.

Then dorang gerak. Aku dengan kawan-kawan dah macam penat nak layan drama tak sudah dorang ni. Bukak makan kacang lagi bagus. At the same time, aku update kat family di Malaysia. In case jadi apa-apa kat aku, dorang ada bukti katakan aku di Lijiang Railway station. Elok tengah meng-update, datang sekali lagi. Aku dah menyirap betul kalinie. Hormon mak-mak ngandung jangan kacau ye, lain macam sikit. Dia ni nak apa lagi? 

Kalinie die bawak telefon then suruh aku bercakap dengan seseorang. Suara garau garang seorang lelaki kedengaran. Hello, this is police officer, you are not allowed to perform any religious activities in public in China. Understand? Siap gertak. Aku cakap baik-baik, yes, I’m sorry. Sekali lagi dia repeat. Aku iya kan juga. Then terus pass telefon kat staff dia yang segerombolan tu tadi. Dorang senyum, aku balas kelat-kelat sikit. Okay, kami admit kami salah. Tapi, kami tak tahu. 

 Datang lagi dan lagi 

 Dah macam FRU tau datang serang kami

 Dah kali ketiga, kami pun ajak dia ting tong sekali, tu bergelak sakan nampak

 Siap pesan, buat muka paling manjew lagi manih, biar dia tahu, siapa gadis melayu eh?

So, ini adalah pengajaran untuk semua yang travel. Solat itu wajib. Ya betul. Tapi, dengan keadaan sekarang, especially apa yang berlaku (time aku pergi Uyghur punya kes baru tersebar di media), memang kita tidak boleh sebarangan untuk bersolat di tempat awam. Carilah tempat yang tertutup untuk mengerjakan yang fardhu. 

Aku ada baca kalau ke Xinjiang, wilayah Uyghur, kalau dalam bag ada Quran pun boleh kena tangkap.  Especially wajah-wajah pan-asian macam kawan-kawan aku tu. Bahaya kot. Kebanyakkan rumah kat area situ, semua dh berkunci, orang-orang hilang entah ke mana. Dorang kena masuk dalam satu camp. Lepas aku balik, memang ada news cover pasal cerita dorang ni, then sampailah nak masuk 2020, senyap jeeee….

Apa-apa pun, bila dah lepas tu, aku memang rasa nak naik train cepat-cepat and tidur je. Penat layan kerenah dorang yang betul-betul tak puas hati dengan kami. Die nampak kami macam Dai’e kot, tu yang tak habis-habis nak tanya soalan. Naik je train, kami dah lega. Terus tidur, esok bangun dah kat Kunming. Ambil taxi, terus ke hotel dan walaaaaaaaaa…. Mandi, keluar and terus memulakan perjalanan ke Stone Forest, Shilin Kunming. 

 Awal pagi di Kunming, merah betul LED signboard dorang

Kami berjalan ke arah railway station dan kemudian cari bus untuk ke sana. Perjalanan dalam 80km dan kena pakai seat belt dalam bus ya. Jangan ingkar cakap pemandu, nanti kena tahan. Kita tak tahu. Sampai je di Forest Stone, akan ramai orang yang akan offer untuk jadi guide. Ikut pada budget nak jalan sendiri atau nak bersandar pada guide.

Kami pilih jalan sendiri. Sedar poket nipis ye. Bila dah beli tiket, jom kita naik keretapi macam kat zoo tu. From one attraction to another. Tapi ketapi ni lama kot nak tunggu. Dah lah tempat ni seluas-luas alam. Lelah jugak kalau berjalan camni. Tempat ni bagi aku, memang unik exotic. Yang suka tengok batu-batu, ini memang surga korang.

 Pakai seat belt, polis akan datang check sorang-sorang

 Nyempat

 Yay dah sampai

 Posing sikit

 Niza pun nak jugak

Unik bentuknya

Beli jagung ni, kongsi 3 orang tapi tak sedappp

Ingatkan tak ramai sangat, bila terjah satu kawasan ni, memang ramai rupanya

Dan tenang balik

Yang derhaka takut kena sumpah jadi batu, elok datang sini, kasi insaf sikit. To be honest, tempat ni nyaman dan tenang. Even akan ada satu port, ramai orang bising-bising, tapi keseluruhannya memang tenang. Pemandangan pun rasa cam haih, indah betul. Cuma kurang pokok untuk korang berteduh bila panas. Waktu aku pergi, mendung, then hujan pastu panas. So, merasalah semua.

Kami pulang ke Kunming dan macam biasa, cari mee tarik untuk santapan petang kami. Dari pagi makan beli kat tepi jalan je. Memang kena juga ada proper meal yang oh lazat seperti mee tarik. Dah macam makanan ruji betul kalau ke China. Anyway, malam tu kami naik bus shuttle ke airport. Dalam RM10 je untuk seorang.

Sampai kat airport, kena tunggu pulak, sebab kaunter AirAsia tak bukak lagi. So melepet jelah menanti yang pasti, ah gitu. Bukak je kaunter check in, start dah dia punya check habis-habisan. Sampai powerbank berapa mAh pun die check (max is 10000 mAh). 

Sepanjang trip ke Kunming ni, sejujurnya aku tak suka. Sebab tempat dia bagi aku, ada sejenis bau mual-mual. Okay fine, not fair sebab aku pun tak berapa sihat. But, aku balik je, langsung tak tengok gambr China, kalau nak bukak laptop siap tutup mata taknak tengok folder China.

Punyalah tak suka. Mujur takde yang terkenan wajah-wajah Pan-Asian versi Mainland. Tapi memang beberapa bulan juga aku taknak upload, taknak tengok gambar, nampak kedai Mee Tarik pun aku nak muntah. Bertabah jelah hidup gini. Anyway, China ni kalau kau ke Silk Road punya area memang cantik. Bila aku study, ya ampun, tak keruan jadinya. Eh?

Insyallah 2020, mari kita!

 Adakah kami akan ke China lagi? Kita tunggu 2020 nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *