Ramai yang sedia maklum, tahun 2020 kita semua dikejutkan dengan macam-macam isu negara dan dunia terutamanya penularan virus COVID-19.
Virus ni punya effect memang boleh aku katakan agak kronik dan paling teruk terkena kesannya haruslah industri pelancongan. Mesti korang yang dah beli tiket setahun sebelum,6 bulan sebelum dan ada juga yang dah nak fly sangat-sangat.
Tup tup penyakit ni muncul bermula di China. Aku yang sepatutnya terbang ke Lanzhou, China pada awal Februari 2020 terpaksa lupakan jelah hasrat dihati nurani ini.
Asalnya aku nak proceed, then makin hari makin teruk. Bila chat dengan customer service AirAsia diorang kata boleh proceed. Aku memang nak cancel je even takde option refund ke apa. Tak mahu take risk.
Memanglah kau seronok dapat explore China, tapi lepas balik. Kena quarantine 14 hari guna annual leave, belum lagi kawan-kawan pulaukan kau sebab takut penyakit. Aku nekad nak cancel. Biar rugi asal selamat.
Then, bila Wuhan dah lockdown, makin ramai crew airlines dah sakit. AirAsia terus bagi option boleh refund. Alhamdulillah, memang rezeki aku dan team aku. So, lepas China, banyak lagi countries yang AirAsia bagi option untuk refund.
Korang boleh refer cara-cara nak refund untuk tiket penerbangan AirAsia. :
- Pergi website AirAsia, www.airasia.com
- Klik pada button hujung sekali, sebelah kanan, Chat with AVA.
- Dan seterusnya hanya follow sahaja screenshot yang aku capture seperti di bawah :
4. Lepas dah masukkan PNR number, korang follow je instruction dari Cik AVA kita. Sampailah dapat email macam kat bawah ni :
Option refund yang ada adalah :
◦ Credit account – dalam bentuk credit shell yang boleh korang guna dalam masa 90 hari
◦ Full refund – AirAsia bayar full amount dalam akaun yang sama korang guna beli tiket
Suggestion aku please ambil full refund. Biar tunggu lama sikit. Tapi duit tu kita yang dapat. Kalau credit account, rugi sikit kalau dapat kes macam Covid-19 sebab tak tahu bila waktu yang selamat untuk fly, beli tiket baru dalam masa 90 hari.
Macam kes aku, since beli tiket pakai BigPay, so AirAsia memang akan masuk full amount refund tiket penerbangan anda ke dalam BigPay. Part nak keluarkan tu, samada kau transfer pada kawan yang ada BigPay. Kalau tak ada kad BigPay, boleh withdraw di ATM cuma ada surcaj yang agak tinggi berbanding transaksi biasa.
Okay, mudah kan? Untuk yang tak boleh refund sebab negara yang korang nak pergi tak masuk dalam senarai voluntary refund. Tak apa, korang perlu bangga sebab tak selfish. Sanggup korbankan kegembiraan, duit tiket, hotel dan sebagainya demi keselamatan ramai. Tahniah!
Untuk yang tetap nekad taknak rugi segala benda dan yakin #covid19 hanya konsep bukanlah penyakit berjangkit, jangan lupa jalankan tanggungjawab untuk kuarantin diri. Tak sayang diri tak apa, pujuk hati kesiankan orang lain.
Apa-apa pun, marilah kita sama-sama doa agar penyakit ini berlalu pergi secepat mungkin. Amin.
Tak dapat pi China, kita throwback jelah gambar China yang ada.
hai nak tnya, brpa tempoh masa airasia email akak ? sbb sya dah refund tapi smpai sekarang xde email syaa
Actually 30 days tau
Hai brapa lama awk tggu utk dpt refund awk
Sy dh tggu 3bln dan refund case pon dh close bila sy follow up
Saya punya kejap je. Few days dapa tterus.
Nak tanya, kalau kita baru booking dlm bulan ni and bulan ni juga tiket kita cancel sebab2 tertentu, masih boleh dapat refund tak… pakai cara yang sama ke?
Saya tak sure tentang SOP sekarang tapi awak boleh chat dgn AVA secepat mungkin