Apa khabar warga dunia sekalian? Harap korang semua HAPPY dan SIHAT sejahtera. Al maklumlah dah dapat rentas merentas nie, mesti lah ceria je kan. Bila saat dapat je pengumuman paling berharga itu, mesti ramai dah siap-siap plan nak ke manalah agaknya kan? Okay, waktu mula-mula kes COVID dah mula turun, hanya rentas dalam daerah sahaja dibenarkan. Then, ramailah waktu tu serbu segala pelosok daerah yang ada, tak gitu?
Untuk warga Selangor yang lama pegang rekod kes tertinggi, kita pun apa kurangnya kan. Tetap tumpang gembira dapat keluar rumah, naik kete sendat-sendat and pergi holiday. Kalau korang nak tahu, Cik Pora ni sejak lockdown tak sudah, Cik Pora jadi low profile when it comes to travel. Wahh gitu! Mampu? Ahaksss… Tak mampulah hakak nak pasang impian sampai ke Switzerland, feeling masuk kampung orang Swiss kat Murren and balik Malaysia.
Impian Cik Pora pun semenjak dua menjak dah pandai sedar diri. Eh panjang pulak bebel… Okay actually nak cerita yang haritu Cik Pora rentas daerah, kami pergi Sekinchan ye. First time pergi, dengan sahabat-sahabat sekolah yang tercinta, then pergi pulak dengan My Girls (geng gossip tak sudah) and baru-baru nie pergi pulak dengan ibu. Ibu cakap nak tengok sawah…hado? Kita sebagai anak, kenalah tunaikan impian ibu tersayang.
Jadinya, berkelanalah Cik Pora ke sana. Apa yang hakak impress, tak sangka ye, Sekinchan banyak kemajuan. Terkesima bila sampai. Rasa macam kat Korea pun ada. Feeling kan? Tapi sejenis panas Malaysia tetap ada. Jadi, sila pakai baju yang tak merecikkan ketibas masing-masing. Kelak dikeji sahabat handai.
Apa yang menarik hati Cik Pora sampai repeat banyak kali adalah sebab journey from KL tu tak terlalu jauh. Ala-ala naik flight pergi Koh Samui (nak jugak!), sejam lebih dah tiba. Then, bila kau tak payah tukar duit, tak yah nak belajar bahasa dorang…eh? Hahah gurau je… Rindu tau nak travel ke luar negara. Ok back to the topic. Apa sebenarnya yang menarik sangat sampai Cik Pora susah nak move on? Meh sini kita cerita meh :
- Sawah Padi – Kalau ke area-area Hulu Selangor, memang ianya dari azali terkenal dengan sawah padi yang terbentang indah. Jadi, bila kau dapat tengok sawah padi setelah berbulan kena kurung kat rumah. Kau tetap akan rasa bersyukur sangat. Tak tergambar. And guess what, ramai pulak tu yang datang untuk ambil-ambil gambar di sawah padi. Aku rasa berekar-ekar juga keluasan sawah di sini. So, kalau korang nak cari port yang terindah, cer korang cari view macam kat bawah ini :
- Parit Sungai Burong – Selalunya kalau belah kanan korang sawah, kiri mesti laut. Konsep Sekinchan memang macamtu. Kalau korang tengok maps Selangor memang akan nampak dari Kuala Selangor tu pun, lokasi dia terletak di tepi laut. Dan waktu aku ke sana, aku actually sesat tau. Masuk kampung-kampung, then kami terus je sampai hujung, tup tup jumpa laut, tempat orang tangkap kerang. View memang kelas A. Orang pulak tak ramai. Sangat aesthetic, tak caya tengok gambar bawah
- Pantai Redang – Tempat orang recommend untuk tengok sunset. Pantai ni tak silap orang tak mandi pun. Cuma lepak-lepak picnic, main layang-layang and bergambar. Waktu aku pergi tu, angin kuat gile and cuaca mendung. So tak nampaklah sunset nya. Kalau boleh, korang tengoklah weather forecast dulu before nak pergi tu. Ada rezeki, memang best tu.
- Kampung Atuk – Lokasi dia dekat area sawah padi je, korang akan nampak dari tepi jalan. Dari situ korang akan nampak kedai yang jual makanan, dekorasi kedai macam betul-betul korang berada di kampung halaman tercinta. Tapi waktu aku sampai situ, kedai tu tutup pulak. So aku ngintai-ngintai gitu saja lah.
- Rumah Ah Ma – Okay, kedai ini aku singgah sebab nak kill time je. Since panas, takde benda nak buat, so aku pun masukkanlah tempat ni dalam list nak pergi. Dia pun terletak just opposite rumah atuk. Dalam ni, banyaklah barang-barang yan dijual macam zaman kita kecil dulu. Segala jenis jajan and kalau korang membesar dengan tikam semua, memang kedai ini sangat menyimpan memori zaman kanak-kanak anda. Cuma, harga dia takdelah macam zaman kita kecik dulu.
Ternyata Sekinchan banyak memberi variasi tarikan yang berbeza untuk pengunjung samada dari dalam negara mahupun dari luar. Apa yang Cik Pora boleh forecast, Sekinchan could be next big thing in Selangor. Did you know dorang tengah nak buat theme park? Something we should be looking forward to.