UMRAH 2022 Musim Pandemik – Ramadan : Part 1

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terlalu bersyukur di atas rezeki dan panggilan dari-Mu Ya Allah.

Kisahnya, masuk tahun 2020, aku renew passport untuk ke Lanzhou, China. Tup tup, terus coronavirus. Aku antara 1st batch yang dapat duit refund secara cash dari pihak airlines. Lepastu aku dengar semuanya dapat credit shell or sepi membisu je. Maka, passport aku Renew saja. Kosong. Duduk rumah diam-diam.

2021, dah setahun cite dia. Tak juga buka pintu sempadan. Virus pulak makin mengganas. Dari Wuhan terus dapat ke aku, gadis Melayu berwajah cina-look dari Sungai Gadut. Aku kena yang time takde vaccine. Kiranya fresh dari lab masuk ke dalam sistem badan yang asli.

Aku hampir give up nak lawan virus ni. Aku memang tak mampu. Sakit dia Allah sahaja yang tahu. Ada satu malam tu, time aku susah sangat nak bernafas. Aku doa dalam hati, jika aku sihat, aku memang nak pergi umrah. Aku nak sangat dipanggil untuk jadi tetamu Allah ke sana. Kiranya, once border buka, aku nak pak Arab Saudi yang rasmikan passport aku. Chop la kuat-kuat pun. Asalkan aku nak buat umrah.

Entah kenapa malam tu, aku rasa sayu sangat sebab bila kau kena virus dunia ni, kau jadi overthinking yang nyawa kau tak panjang and kau tak nak fikir perkara lain. Sebab waktu tu, aku rasa Allah sahaja yang Maha Kuasa. Nikmat bernafas yang selama ini dianggap rutin untuk hidup itu ditarik macamtu je. Hebat kan kuasa Allah yang mencipta kita?

Fast forward, aku dan ibu dengar je umrah dibenarkan 2022. Terus cari pakej umrah yang sesuai dengan keupayaan ibu aku. Tak sempat nak bayar deposit, datang pulak Omicron. Semua operasi ke tanah suci dihentikan sementara. Kerajaan Malaysia nak control the spread dalam negara. Kami redha. Takpelah. Kita doa banyak-banyak. Mana tahu, rezeki nak pergi kan.

Berita gembira diterima apabila umrah dibenarkan. Ya Allah, happynya! Siap dengan kelonggaran dari pihak Arab Saudi lagi. Terus book. Time tu tak perasan yang Ramadan nak dekat. Aku ni dah 2 tahun tak travel. Dia auto jadi anak kecil dalam industry semula. Lama dah Cik Pora tak travel. Lose myself due to pandemic katanya, ewah! Bila habis pikir, ambil je terus lanjut ke bulan Ramadan.

Syukur! Semuanya dipermudahkan untuk aku, ibu dan ayah. Seminggu sebelum berlepas, aku siap quarantine work from home, tak jumpa sesiapa. Sehari sebelum, aku buat RTK yang supposed tak diwajibkan. Bad news! Positive. Aku macam nak runtuh ye terkejut. Langsung takde simptom, sakit tekak, batuk, selsema, demam whatsoever. Aku siap relax mcm manusia biasa tanpa virus ya.

Aku memang tak percaya. Leas than 24 hours nak fly. Aku tak jumpa sesiapa tup tup jadi macamni. Bila masa pulak virus ni datang mengetuk pintu kerongkong aku? Sedih sangat. Come on, kau lagi 24 jam je nak pergi mengerjakan umrah. Kau jaga sehabis baik. No simptom. Relax buat segala benda.

Siap workout pon aku buat demi stamina nak buat umrah. Korang faham tak, macamana perasaan bila semua dah ready, tinggal nak fly je. Aku punya ready tu, sampai aku dah tutup suis Coway kat rumah. Haaa, itu maksud ready yang sebenarnya. Aku tak rasa mutawif pun tutup suis coway. Uwaaaa! Terpaksa buka balik.

Aku down yang amat sangat. Mak aku tak payah cerita lah. Dia harapkan aku temankan dia sepanjang kat sana. Tiba diuji gini. Aku pun macam biasalah, damage control. Semua benda aku brief ibu dan ayah last minute. Kalah agency umroh ye. Lepas dorang dah bergerak ke airport, maka, berkurunglah aku seminggu. Menanti juga simptom, tapi memang makin sihat. Alhamdulillah. Cuma aku terfikir, corona ni memang ada crush dengan aku ke? Paling berjaga-jaga siap digelar ratu SOP, tetap kena!

Aku minta pihak agency umroh aku untuk bantu reissue tiket. Jadi sepanjang 1 week tu, aku buatlah macam-macam supaya aku dapat temankan ibu aku di sana. Sambil tu, aku settlekan claim insurance juga. Mujur ambil insurance and pleaselah kalau jenis kaki travel zaman penyakit berjangkit, ambillah yang paling premium dan add-on segala jenis benda berkaitan covid. Paling penting! Terkadang kau akan jadi macam aku, terpaling jaga, tetap dia datang. Mungkin dah tertulis begitu. Aku redha.

Kalau kau nak tahu agency umroh itu bagus atau tak. Bukan sahaja dari lokasi hotel ke masjid, tapi bagi aku adalah cara dia handle masalah-masalah non favorite seperti aku. Yes! Memang renyah. Bukan kau minta untuk dapat benda-benda macamni. Even dah ramai kena kes macamni, mereka harus tunggu sampai dapat refund dari airlines lah, nak tunggu itu ini. So terpaksa ditangguh. Kiranya dalam erti kata lain, tak menguntungkan kau sebagai jemaah.

Mungkin kita dalam agama dah diajar untuk bersabar, menerima takdir, Qada’ dan Qadar sebegitu. Ada hikmah semua perkara ini terjadi. Ya aku juga begitu. Tapi kalau siapa yang kenal aku, aku selalunya aku lebih banyak mencuba pelbagai alternative. Sebab dalam Islam juga diajar tidak putus asa. Betul tak? Apa yang aku fikirkan waktu tu, adalah untuk bersama dengan ibu ayah aku. Temankan mereka di sana.

Jadi, alternative yang aku ada, tak murah ye gais. Bab tu yang aku rasa kekurangan kalau kau pakai agency yang sebenarnya tak faham, dia nak bagi kau pergi umrah ke tak sebenarnya. Kalau macam aku pernah handle customer hilang bag kat New Zealand, aku berusaha sampai orang tu dapat keuntungan. Sebab aku betul-betul nak keadilan berpihak pada dia as my travel buddy for Travelkemana. Even nasib begitu, tapi sebagai tour leader, aku nak dia tahu, ada โ€˜hikmahโ€™ yang baik bila semua ni jadi. Dapatlah pampasan riban-riban. Which is okay what.

Tapi bila kes aku, aku lebih ditekan. Boleh pulak? Cara mereka handle pun sangat lemah. Walaupun mereka dah cuba yang terbaik, aku sebagai customer tetap rasa tak gembira. Itu je aku nak cakap. Kurang RM70 pun berkira. Padahal aku ditimpa musibah, korang dah kaut berapa dari yang 1st payment, still. Aku bukan tidak puas hati. Tapi macam aku cakap, sewajarnya bila kes-kes begini saat travel, kita yang ditimpa masalah berpaut pada tour leader/ operator dan pautan itu disambut dengan penuh ikhlas. Pasti menguntungkan kedua-dua belah pihak tapi yang ini, dilihat sebelah pihak makin ditekan bertubi-tubi. Itu maksud aku.

But semua ini adalah good lesson untuk aku. Aku belajar perkara baru. Mana tahu ada agensi umroh aku nanti, Tawakal Travel. Aku akan mencuba sebaiknya. Wah besar impian covid crush ini hahah! Anyway, aku berjaya juga settlekan masalah-masalah yang membelenggu. Allah bantu aku. Seperti yang dijadualkan 1 April 2022, tarikh bersejarah dalam hidup aku dan juga negara.

Pintu sempadan dibuka dengan kelonggaran yang lebih baik. Welcome to Malaysia and to all travelers, finally we can be ourselves again ๐Ÿ™‚ Dan tarikh ini juga aku berjaya terbang ke bumi penuh barakah. Yang paling aku tak percaya secara solo. SOLO. Never in my wildest dream aku terfikir untuk ke Arab Saudi sendirian begini dan akan menjadi tetamu Allah, dijemput untuk masuk ke dalam bulan Ramadan. Ya Allah, inikah hikmah disebalik ujian-ujian yang aku harus lalui sebelum ke sini?

Jika inilah nikmat dan hikmah, memang aku tidak pernah bayangkan. Tidak. Dulu paling teringin pun nak sambut Ramadan kat Maldives. Kau ghase? Dalam banyak-banyak tempat kan, itu yang aku pilih. Tapi Allah Maha Berkuasa dan Penyayang. Dia jemput aku untuk menikmatinya di bumi Madinah dan Mekah. Setelah 2 tahun tiada pelawat luar buat umrah & haji, aku antara yang bertuah. Nangissssss. Sumpah aku taknak jadi jahat dah. Aku berusaha nak jadi lagi baik, sebab macam-macam terjadi, Allah always saved me. Ameen.

The hardest to tinggal… InsyaAllah nanti ay-boo bawa Esfahan okay?
Thank you my sisters for sending me to airport. Love you girls big time!
Alhamdulillah, I’m ready ๐Ÿ™‚



Dan berkelanalah aku sendirian, bertemu mahramku di bumi Mekah. Waktu pakej pertama tu, aku teringin nak naik train laju. Tapi bila tanya harga, mak datok. Mahal gile. Batal terus hasrat di hati. Simpan jelah. Bila jadi macamni, terus reroute semua program. Aku diwajibkan naik train 3x. Betul ke, orang kata kalau pergi tanah suci, apa yang kau terdetik kat hati jadi betul-betul? Ramai cakap kan. Tapi time terdetik nak naik train tu. Aku kat Sungai Gadut lagi. Allah bagi 3x turun naik ya. Aku macam tak percaya. Syukur. Jadi, nampaknya aku kena terdetik baik-baik je lepasni. Lain macam kan? Kuasa Allah, siapa boleh dustakan.

Ini adalah umrah pertama untuk aku. Seumur hidup bayangkan akan pergi tapi tak tahu macamana , ilmu tak ada. Berpandukan pada online class, buku dan Youtube. Even ada orang cakap, saya tak pandai ngaji, tapi teringin nak pergi umrah. Bagi aku, andai kau boleh solat, baca doa, tahu zikir. Pergilah. Pergilah. Betapa besar nikmat dapat jadi tetamu ini. Sebuah perasaan yang istimewa kau tak tahu nak bagi nama apa. Dia bukan sedih, takut mahupun riang. Ia adalah perasaan yang aku gelar โ€˜Dapat ke tanah suciโ€™. Terlalu exclusive. Jadi, please tanam niat & impian untuk pergi. doa dan doa. InsyaAllah. Allah itu Maha Mendengar.

Panjang pulak celoteh. Hahah! Lama aku tak mengarang kat blog. Rindunyaa. Jadi, baca jelah. Tadah mata. Dah…aku nak cite journey pulak. Flight Saudi Airlines SV 089 bertolak jam 1.40pm membawa aku terus ke bumi Madinah. 8 jam, dapat 3 row seat all for myself. Mula-mula aku taknak lunjur kaki. Rasa tak tertib. Tapi duduk togak, siapa je larat, kan? So bila kapal gelap, aku pun terpaksalah jadi diri aku. Lenguh.

Pastu, layan movie Spencer sampai tertido. Sebelum tu makan. Food airlines. Nak kata rindu, tidaklah. Tapi dah berapa tahun kan. So aku pun terus cam wehhhhh, sumpah rindu semua tentang travel. Semua!

Bagi aku food untuk Saudi Airlines memang kureng. Dalam banyak-banyak full service yang ini boleh aku kategorikan 3 bintang je. Tapi dessert dorang memang terbaik. Yang ini aku bagi 5 bintang. Paling aku jakun adalah window dorang yang auto gelap, auto terang. Tak perlu singkap-singkap macam jiran datang menjengah. Aku memang wow sangat.



First time on Saudi Airlines
Window with automated dimming effect, lovely!
Keles Patchi!
Pasang saja, tak tengok. Tapi brownies tu sumpah sedap
Almost reach HOME

Sepanjang dalam pesawat, aku banyakkan zikir dan baca doa. Kemudian, aku rehat sebab jauh lagi perjalanan aku untuk sampai ke tanah suci. Bila sampai di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, Madinah aku terus ke immigration clearance dan collect baggage (yang ini lama sangat). Waktu aku sampai tu, aku kan sorang-sorang, lepastu aku dilihat macam student ya. Jadi, aku feeling jelah.

Dan yang paling best, aku sampai tu dah masuk waktu lepas Asar. Jadi, ada sorang mutawif ni dia bagitahu kat geng jemaah dia yang esok puasa. Baru je nampak anak bulan. Aku curi-curi dengar terus macam… Ya Allah. Memang ajaib. Sebab sepatutnya ada lagi sehari sebelum berpuasa. Aku rasa bersyukur sangat. Memang percaturan tentang alam ini adalah rahsia Allah.

Ambil bag, aku terus jumpa dengan representative dari agency aku yang menunggu di luar ruangan menunggu. Dia bawa aku buat simcard sebab kene download app Eatmarna and Tawakalna yang mana disebabkan pandemik, semuanya harus booking. Nak buat umrah dan juga nak masuk Raudhah. Then, terus ke train station, niat umrah, solat sunat dan berlepas ke tanah Makkah pula.

From window view, approaching Medina
International Arrival Gate
Beli simcard dulu
Taxi to Madinah Train Station
Haramain High-Speed Train

Perjalanan ke Makkah ambil masa dalam 2 jam juga. Aku yang dah berniat umrah, haruslah menjaga pantang larang. Semuanya aku sendirian sahaja. Memang nervous sebab nak pergi tanah suci, pertama kali, sorang-sorang bukan macam kau pergi Jepun mahupun New Zealand. Ianya berbeza amat. Terlalu istimewa dan perlukan persediaan ilmu dan mental. Selebihnya, aku serahkan pada Yang Maha Esa.

Makkah ๐Ÿ™‚

Almost midnight, akhirnya aku tiba di Makkah. Terus ke hotel, berjumpa dengan ibu ayah. Paling win reaction bapak aku bila bangun tengok aku dah ada di sana macam seolah-olah aku ni anak yang balik lewat malam ye. Dia hanya cakap, haaa dah ada. Haha! Ayah always jadi ayah kan? Selalunya mak yang akan dramatik sikit. But I’m thankful they both all good and cepat adapt to this new environment. Alhamdulillah.

Dunia akhirat saya

Okay, aku rasa takat ni dulu, apa kita sambung next post okay? Itupun kalau korang rajin nak baca blog aku hahaha… Komen cepat kalau nak next post and I will definitely sambung, kalau tak, kita peram jelah, eh?

3 thoughts to “UMRAH 2022 Musim Pandemik – Ramadan : Part 1”

  1. harap dapat sambung mmg best cerita umrah,lg pun x pernah smpi lagi tanah suci bumi yg penuh keberkatan

  2. Alhamdulillah….bila baca ni Allahuakbar…rindu Mekah dan Madinah. Semuga Allah jemput lagi ke rumahNYA. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *