UMRAH 2022 Musim Pandemik – Ramadan : Part 2

Assalammualaikum w.b.t

Mari kita sambung lagi cerita umrah pertama Cik Pora. Lepas waktu sahur, aku, ibu & ayah terus bersiap untuk ke Masjidilharam. Hanya 2 minit sahaja berjalan kaki dari hotel. Memang dekat. Sepatutnya aku kena buat umrah terus, tapi atas nasihat dari pihak agency, mereka cakap ikut je nanti group pergi waktu Zuhur, lebih mudah nanti. Aku pun okay jelah, cuma perlu jaga betul-betul pantang larang. Jadi, marilah kita ke masjid untuk berjemaah solat Subuh.

Since ibu perlu solat menggunakan kerusi, aku bawakkan kerusi yang dari hotel yang mereka ambil siap-siap sewaktu tiba di Makkah tempoh hari. Mudah begitu. Nanti dah nak balik, kami return sahaja. Tak perlu nak cari-cari lagi kat masjid, bawa siap-siap. Waktu berjalan tu, hati aku sumpah rasa teruja dan nervous.

Ini adalah pengalaman yang paling aku takkan lupa. Aku dijemput ke tanah suci menjadi tetamu-Nya di dalam bulan penuh rahmat. Perjalanan aku penuh liku dan terpaksa datang ke sini sendirian. Sendirian di bumi penuh barakah ini. Pada awalnya, ramai yang menasihatkan agar aku tangguhkan sahaja. Tapi, tak tahu kenapa, kali ini aku mengaku yang aku degil. Tak tahulah kenapa nak sangat pergi right after quarantine tu, padahal bukan aku ada deadline and aku tak terfikir pun yang aku akan berpuasa kat sana. I don’t have any expectation to be honest.

I just go after my Home Quarantine status turned blue. Straight to airport, check in and go. Bila aku duduk dekat departure gate, depan aku adalah pesawat Saudi Airlines. Aku pandang sayu dan terus aku terfikir. Aku tak pernah imagine even in my wildest dream yang aku akan ke sini sorang-sorang. Never. But, now I’m here. And the feelings… sumpah tenang dan sangat teruja. Ya Allah, akhirnya hamba-Mu berkelana menuju RUMAHMU. Aku letakkan seluruh pengharapan kepadaMu, sandaran TERHEBATKU YA ALLAH. Nangis

Dan kini aku berada betul di dalam MasjidilHaram. Perasaan waktu tu, terlalu nervous. Sambil berjalan, aku hanya berzikir dan cuba tenangkan diri. Ibu ajak singgah minum air zam zam dulu di tepi tiang masjid. Di sekitar dalam masjid, mereka memang ada letakkan tong-tong berwarna coklat dengan cup dan bekas sampah untuk buang cup selepas digunakan. Nanti akan ada pekerja-pekerja masjid yang akan membantu korang. Memang sangat sistematik.

Aku hanya follow sahaja setiap langkah ibu sebab beliau dah 2 hari berada di Mekah. Lebih familiar daripada aku sendiri yang baru beberapa jam sahaja tiba di sini. Sampai di escalator masjid untuk turun ke ke kawasan Kaabah, aku memandang terus di bahagian hadapan aku. Waktu tu, ibu dah tersedu-sedu menangis. Aku yang betul-betul ada di sebelah dia, terus rasa sebak yang amat sangat. Dalam hati, please Safura hold your tears… hold your tears…but… I just can’t.

Aku betul-betul berjalan menuju kawasan Mataaf, di mana letaknya Kaabah, kiblat kita semua. I was burst in tears. Basah habis face mask yang aku pakai. Aku tak boleh nak lawan tangisan yang kali ini. Satu tangisan umpama kau dah lama tak pulang ke tempat yang you belong to. Macam berpuluh tahun rasanya. Berat sangat dada time tu. Aku sempat berhenti dan berdoa depan kaabah, ini adalah satu peluang yang sangat indah dalam hidup aku.

Allah SWT berfirman, “Palingkanlah mukamu ke arah Masjid Haram.” (QS. al-Baqarah/2: 144)

Sedang aku kusyuk tu, Ibu ajak aku ke tempat solat yang terletak di area escalator. Di situ, ramai jemaah perempuan yang dah chop tempat dalam saf dengan karpet yang disediakan. Kami dirikan solat tahiyatul masjid dan Tahajjud sementara menunggu azan Subuh. Dari tempat kami solat, masih kelihatan kaabah cuma kami tidak lagi berada dalam kawasan Mataaf.

Aku tak tahulah kenapa tiba-tiba terdetik, macamana nak dapat peluang solat di dataran tu? Mesti seronok sangat. Sebab aku tengok kat TV boleh solat kat situ. Jadi, sambil duduk tu, aku tunggu je, kalau dorang bukak barricade yang digunakan untuk control traffic aku memang akan rebut peluang ini.

Entah macamana, barricade pertama dibuka. Aku nampak tu, aku terus ambil barang-barang aku dan kerusi ibu. Aku suruh ibu jalan perlahan-lahan, while aku akan cuba lari untuk dapat duduk di depan di kawasan Mataaf. Alhamdulillah dapat duduk di tepi tiang, bahagian depan. Ibu datang kemudian, sebab aku taknak dia lari-lari, takut jatuh pulak.

Alhmadulillah

Then, kami semua duduk dan berdoa sambil tunggu azan Subuh. Memang sayu sangat time tu sebab bagi aku dah depan sangat dan ni. Dalam keadaan aku bersandar di tiang tu, lagi 10 minit azan Subuh nak berkumandang. Tiba-tiba askar di sekitar dataran tersebut angkat tali yang menutup kawasan solat paling hadapan yang almost dekat dengan kawasan tawaf untuk jemaah wanita kepada kami semua.

Ya Allah, waktu tu, aku rasa yang teramat sebak. Aku dalam sebak-sebak tu, berlari angkut semua barang, siap dengan kerusi mak aku. Entah macamana aku jadi laju berlari walaupun bertelekung bagai. Dan tahu-tahu aku sudah di saf pertama jemaah wanita bersama ibu. Dan di hadapan aku adalah kaabah. Jemaah yang lain pun cepat-cepat memenuhi kawasan tersebut yang ditutup sejak tengah malam untuk jemaah bersolat ya.

Akhirnya dibuka betul-betul sebelum azan. Semua pun teresak-esak menangis. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana situasi yang aku lalui ni. Tersangat istimewa sampaikan aku rasa besarnya rahmat Allah. Tiada perasaan yang lebih istimewa daripada apa yang aku lalui saat itu. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Azan Subuh berkumandang sejurus selepas itu dan seterusnya semua jemaah solat bersama-sama. Dan lepas tu kami pulang ke hotel sebab ada ziarah luar dan kemudian siap-siap untuk buat umrah. Hampir 24 jam aku menjaga pantang larang dalam ihram dan itu adalah sesuatu yang amat-amat menguji namun tak putus-putus aku berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Antara tempat-tempat yang kami visit :

Jabal Thur
Bersama jemaah lain
Thank you mutawif
Jabal Rahmah, banyak kenangan di sini 🙂

Dalam jam 11am, kami tiba di hotel semula dan mutawif dah tunggu kami di depan hotel. Waktu ini, aku ada barang-barang yang nak kena bawa naik dan nak ambil kerusi ibu yang memang kami bawa ke mana-mana bagi memudahkan ibu untuk solat. Jadi, aku minta izin pada mutawif untuk naik sekejap, turun semula dengan harapan dia tunggu kami berdua.

Nampaknya nasib tak menyebelahi kami. Memang kami berdua je yang ada bila turun ke bawah. Aku berusaha untuk cari juga tapi tak jumpa. Terus aku genggam tangan ibu dan pimpin dia jalan menuju ke MasjidilHaram. Dalam kami berjalan tu, mata aku sempat mencari kelibat mutawif tapi memang tak jumpa. Sehinggalah kami tiba di hadapan kaabah dan ingin memulakan tawaf.

Ya Allah, hanya pada-Mu aku berserah

Ini adalah umrah pertamaku. Dan ini adalah bahagianku, aku bertawakal kepada-Mu Ya Allah. Aku melangkah membawa ibuku bersama bertawaf sebanyak 7 pusingan pada Ramadan pertama tahun 1444H pada jam 11.30am. Aku melengkapkan 7 pusingan tersebut dengan perasaan yang penuh kesyukuran dan berserah. Sebaik sahaja aku selesai bertawaf, azan Zuhur berkumandang dan semua jemaah perlu masuk ke dalam saf.

Aku antara yang terakhir untuk masuk ke dalam saf sebab sempat solat sunat di hadapan Makam Ibrahim. Kemudian, kena halau pergi belakang. Aku cari sehingga muat-muat badan aku untuk solat pun takpa. Waktu tu, aku dah terpisah dengan ibu. Takpelah, nanti aku cari juga ibu lepas solat. Bila dah niat nak jumpa tu, memang betul-betul aku jumpa ibu.

Rupanya, dia perhatikan je aku cari dia, cuma die taknak panggil sebab depan kaabah, takut nak jerit-jerit pulak. So, dia suruh aku selesaikan umrah aku. Dia tak berapa sihat sebab waktu tu tengahari, memang panas terik. Jadinya, aku terpaksalah bersaie sendirian. Waktu aku berjalan nak ke tempat saie, nak jadikan cerita, terjumpa mutawif and the group. Puas aku cari, rupanya kat sini dorang.

Kata-kata yang terus aku keluarkan, tolong tunggu saya untuk saie ye. Tadi saya tawaf sendiri. Memang aku terus je cakap macamtu kat mutawey. Aku faham mungkin, 1st day puasa dan terlepas pandang ke kan. Tapi, since aku dah ada depan mata ni, aku cakap je lagi sekali. Kalau dia tinggalkan aku jugak, takpelah. Aku redha. Aku bergerak sendirian. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada aku, itu sahaja yang aku fikir pada ketika itu.

Dan mereka pun terus aturkan perjalanan saie kami. Mutawey nak naik scooter, yang lain nak jalan kaki. Aku pilih untuk jalan kaki sebab ini pertama kali. Jadi, aku rasa better aku jalan kaki, dapat kita tahu pengorbanan Siti Hajar berulang-alik dari Bukit Safa-Bukit Marwa untuk mencari sumber air buat anakandanya Nabi Ismail a.s

Aku tak tahu kenapa, aku teramat jatuh cinta dengan suasana di sekitar saie ini. Perjalanan ulang-alik ini banyak mengajar erti sabar dan bersangka baik tentang kebesaran Allah s.w.t. Aku teramat bersyukur kerana dikurniakan nikmat untuk menyempurnakan saie ini. Di sini, ianya tertutup jadi, fully aircond untuk semua jemaah. Ada kawasan yang disunatkan untuk jemaah lelaki berlari anak (nama dia kawasan lampu hijau).

Di sekitar kawasan Bukit Safa & Marwa, korang boleh lihat di bahagian tengah ada disediakan air zam-zam. Waktu aku bersaie pada bulan Ramadan, korang boleh lihat ada beberapa jemaah yang singgah untuk basuh muka, untuk cuci tangan mahupun menghilangkan dahaga. Musafir kan dibolehkan untuk tak berpuasa. Jadi, ada jelah yang minum waktu tu.

Masa aku buat saie tu, memang betul-betul lepas Zuhur (12pm++). Even dalam aircond, tapi disebabkan kau berjalan kaki, jadi memang rasa bahangnya. Dalam berjalan, aku ada terlihat mereka-mereka yang tengah minum air zam zam. Terdetik dalam hati aku…”sedapnya air zam zam”. Dan lepastu, aku memang totally fokus pada saie sahaja. Hanya seketika sebab kau tengah 1st day berpuasa di tanah suci. Jadi, bila nampak air zam zam waktu tengahari memang rasa teramat nikmat.

Menu berbuka puasa
Lepas Maghrib sambung makan
Terawikh di Masjidilharam, not easy to get spot inside the masjid

Sampai ke hotel seperti biasa, aku rehat, sambung ibadat di masjid dan esoknya aku ke Masjidilharam untuk tunaikan solat Subuh bersama keluarga.

Rezeki terindah setiap Subuh di sini
Syukur

Ibu terpaksa pulang ke hotel lepastu, aku pulak terus buat sunat tawaf seorang diri. Lepas habis tawaf dalam jam 6pagi, aku terus ke pili air zam zam (macam watercooler) dan tadah air, terus minum dengan tenangnya. Penat lepas tawaf, memang terasa lega sungguh.

Di kiri kanan aku, ada beberapa jemaah yang tadah air dan tengok sahaja kelakuan aku yang minum dengan lazatnya. Mungkin nampak pelik kot aku ni? Aku sempat senyum, dah habis minum, aku basuh muka sambil berselawat dan kemudian letak sikit air zam zam dalam tumbler aku. Then, aku berjalan meninggalkan perkarangan Masjidilharam. Waktu aku keluar tu, aku nampak KFC di Safwah Tower. Dah kenapa tutup? Takde orang cari breakfast ke, detik hati aku.

Dah kenapa nak breakfast, kan ni puasa…. Ya ampun, itulah saat monologue yang aku sedar ini adalah bulan puasa. Saporaaaaa, yang tadi kau minum air zam zam tu, kau sebenarnya terminum tanpa sedar ye…no wonderlah orang pandang je kau. Terus aku rasa bersalah, pejam mata dan beristigfar panjang. Mesti sebab semalam ketika di Bukit Safa dan Marwa… Sepatutnya aku tak perlu terdetik tapi apakan daya

🙂
Makam Ibrahim
Selepas pandemik

Aku memang rasa bersalah tapi lepas aku tanya beberapa orang yang lebih arif, mereka cakap tak batal pun puasa. Sepatutnya aku tenang sahaja sebab itu mungkin hadiah dari Allah sebab aku berpuasa dan sedang berada di tanah suci buat pertama kalinya. Terus aku lega. Cuma, ini semua mengingatkan aku bahawa apa sahaja yang terdetik itu pasti akan ada yang menyusul selepas itu, samada baik atau sebaliknya, kita sebagai hamba, bersangka sahaja yang baik-baik, okay?

to be continued…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *